• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Dilawati Lepas 4 Hari Dipenjara, Langgar Peraturan?

oleh AK-47
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

DI SEBUAH laman blog hari ini, Jabatan Penjara dituntut memberikan penjelasan kepada orang ramai mengapa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menerima lawatan daripada keluarganya hanya selepas empat hari memulakan hukuman.

Blog the flyingkick.blogspot.com, melaporkan lawatan itu hanya diketahui apabila anak Anwar, Nurul Izzah memberi kenyataan bahawa bapanya bersemangat di dalam penjara dan kelihatan kurus.

Entri blog itu menyebut, pihak pengurusan penjara dilihat telah melanggar peraturan bahawa seorang banduan yang baru masuk penjara hanya boleh menerima lawatan pertama keluarga selepas empat miggu bukannya empat hari.

BACA – Tiada Yang Istimewa… Hanya Tilam Dan Bantal Untuk Anwar

140215PenjaraLawat_2

Dalam laporan portal Malaysiakini hari ini, Nurul Izzah melawat Anwar bersama ahli keluarga terdekat selama 45 minit dalam pertemuan yang disifatkan beliau “no contact visit“.

“Alhamdulillah, kami berasa amat bagus bukan sahaja dengan keadaan ayah kami.

“Kami teruskan pertemuan dan diberi 45 minit secara “no contact visit“. Keluarga terdekat semua hadir.

“Beliau kelihatan bersemangat walaupun kelihatan sedikit kurus kerana berpuasa di penjara,” kata Nurul Izzah dalam laporan berkenaan.

Nampaknya, semua ahli keluarga terdekat Anwar dibenarkan melawatnya bukan hanya seorang dua.

Mereka melawat Anwar di Penjara Sungai Buloh pada hari kematian bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Khamis lepas.

Diharapkan pihak Jabatan Penjara di bawah Kementerian Dalam Negeri dapat memberikan penjelasan berkenaan perkara ini kerana ia boleh menyebabkan kekeliruan dalam kalangan keluarga banduan lain.

Sebelum ini, kementerian berkenaan membuat kenyataan bahawa Anwar dilayan sama seperti banduan lain dan tiada layanan istimewa.

Untuk rekod, Anwar memilih sendiri untuk menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh.

– MYNEWSHUB.CCC

Oleh : IBNU K 

Konvoi Kenderaan Membawa Anwar Ibrahim Ke Penjara

Tags: Anwar IbrahimPenjara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd