• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Lemas Di Perlis Dipercayai Bunuh Diri Akibat Tekanan Hutang

oleh Ahmad Albab
19/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Tiga mayat sekeluarga membabitkan bapa, ibu dan seorang anak perempuan yang ditemui lemas di beberapa lokasi berbeza di Sungai Arau, Tambun Tulang dan Simpang Empat di Arau dekat sini, semalam, dipercayai membunuh diri kerana tekanan hutang.

Punca kejadian itu didakwa hasil keterangan awal anak lelaki mangsa yang berusia 37 tahun kepada polis selepas ditahan malam semalam di Taman Ria, Sungai Petani, Kedah.

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd. berkata, lelaki itu ditahan di sebuah restoran di Taman Ria Jaya kira-kira pukul 10 malam.

“Mereka sekeluarga menaiki kereta api dari Sungai Petani ke Arau pada pagi Selasa lalu untuk membunuh diri dengan meminum racun sebelum bertindak terjun ke sungai.

“Bagaimanapun lelaki itu berubah fikiran selepas melihat ibu, bapa dan adiknya terjun ke sungai berkenaan telah lemas dan dihanyutkan arus.

“Kerana terlalu takut, dia mengambil keputusan melarikan diri ke Sungai Petani dengan menaiki kereta api pada Rabu pagi sebelum dikesan orang ramai malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, berdasarkan siasatan awal, punca ketiga-tiga mangsa itu membunuh diri disebabkan tekanan perasaan akibat hutang.

Kosmo! hari ini melaporkan, empat beranak dari Sungai Petani, Kedah dikhuatiri menemui ajal bersama apabila mati lemas di Sungai Arau, Arau dekat sini selepas kesemuanya dilaporkan hilang semalam.

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd. berkata, keempat-empat mangsa iaitu Baharom Ahmad, 66, dan isteri, Norman Pin, 64; serta dua anak mereka iaitu Norzalina, 35, ditemui lemas antara pukul 9 pagi dan 1 tengah hari sementara anak sulung, Mohd. Zali, 37, masih belum ditemui.

Ujar Noor Mushar, pihaknya menemui dua mayat wanita iaitu Norma yang hanyut di Sungai Tambun Tulang dan Norazalina di dalam Sungai Arau.

“Mayat Baharom kemudian ditemui pukul 1 tengah hari di tali air Kampung Che Ok beberapa kilometer dari tempat anaknya ditemui. Anak lelaki sulungnya masih belum ditemui,” katanya dipetik.

Ketiga-tiga mayat telah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah untuk proses bedah siasat. – K! ONLINE

Tags: bunuh diriHutang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Golongan Muda, B40 Paling Ramai ‘Swipe’ BNPL, Hutang Tertunggak Hampir RM5 Bilion

Golongan Muda, B40 Paling Ramai ‘Swipe’ BNPL, Hutang Tertunggak Hampir RM5 Bilion

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati menggunakan kemudahan Beli Sekarang Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later...

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd