• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Teksi Maut Terlibat Nahas 3 Kenderaan

oleh Cj Mnh
19/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu teksi maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan termasuk sebuah lori di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) menghala ke pusat bandar berhampiran susur keluar Jalan Kuchai Lama di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa, V.K. Sugumaran,46, maut di lokasi kejadian.

Turut terlibat sama, pemandu lori, Beh Poh Meng, 30, mengalami kecederaan di kaki manakala seorang lagi mangsa, Vincent Jason Lobo cedera di tangan dan leher.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifli Yahya berkata, akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa yang terselamat dibawa menerima rawatan di sebuah hospital di Subang Jaya dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Ujarnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kenderaan dipandu Vincent hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan di sebelah kanan sebelum berpusing.

“Akibat kejadian itu, kereta jenis Perodua Persona dipandu mangsa bertembung dengan teksi terlibat yang datang dari arah belakang.

“Berikutan perlanggaran tersebut, teksi terbabit berpusing sebelum melanggar sebuah lori yang berada di lorong tengah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tags: kemalanganTeksi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd