APA yang berlaku kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada hari ini dan esok berjaya memperlengkapkan agenda zalim rejim Tun Dr. Mahathir Mohamad serta DAP.
Matlamatnya tidak lain dan tidak bukan iaitu semata-mata untuk memalukan UMNO, menekan UMNO, memecah belahkan UMNO, menakutkan pemimpin UMNO lain serta mengelirukan ahli UMNO.
Juga meyakinkan rakyat bahawa pemimpin UMNO memang korup. Puas hati Tun M kerana berjaya menghina dua pemimpin utama UMNO iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ahmad Zahid sendiri.
Malahan sehingga mereka terpaksa aib ‘turun naik’ mahkamah beberapa kali waima perlu tidur di lokap. Bukan itu sahaja, anggota famili mereka turut didera dan dimalukan secara besar-besaran.
Sasaran Tun M hanyalah UMNO. Sebab itu tidak ada pula mana-mana pemimpin MCA, MIC dan GERAKAN yang disiasat atau didakwa. Kenapa? Jawapannya mudah, Tun M tidak berminat pun.
Ketiga-tiga parti berkenaan pada hemat beliau sudah mati. Tidak perlu dimatikan lagi. Tetapi UMNO pula nampak ‘liat’ untuk mati. Tun M kecewa kerana selepas PRU ke-14, UMNO belum lagi mati.
Baca: Sah! SPRM Akhirnya Tahan Ahmad Zahid

Beliau berjaya menakutkan Tok Pa yang dianggap sebagai Mr Clean dalam UMNO. Tok Pa berjiwa kecil. Setelah disoal siasat beberapa jam oleh pihak berkuasa, beliau terus umum keluar parti.
Alhamdulillah, mujur tidak ada siapa pun yang mahu mengikuti jejaknya hatta pemimpin akar umbi di Jeli dan Kelantan. Kini, gelaran Mahazalim dan Mahafiraun kembali berkumandang lagi.
Mahathir memekakkan telinga dan membutakan mata atas kemungkaran di depan mata apabila kes terhadap Lim Guan Eng digugurkan oleh mahkamah. Semua itu perancangan Mahathir.
Jika tidak, masakan Mahathir berani melantik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan pada ketika dia masih dalam perbicaraan mahkamah atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.
Insya Allah, lambat laun giliran Mahathir pula untuk dimalukan akan sampai juga. Manusia merancang dan Allah merancang. Tetapi Allah sebaik-baik perancang.
Mohd. Puad Zarkashi
18.10.2018

