• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertimbang Sub-Kategori Autisme Kad OKU

oleh Cj Mnh
18/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mempertimbangkan permintaan ibu bapa untuk mewujudkan sub-kategori autisme dalam kad Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi membolehkan golongan berkenaan mengakses perkhidmatan yang lebih spesifik.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh berkata ia adalah antara usaha kementerian bagi menjaga kebajikan kanak-kanak autisme selain mewujudkan kesedaran mengenai autisme dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata kementerian telah melaksanakan pelbagai program dalam usaha memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang autisme dan menggalakkan ibu bapa mendaftarkan anak autisme mereka.

“Antara usaha yang dibuat termasuklah melalui kempen pendaftaran OKU yang dilaksanakan secara berkala pada setiap tahun mengikut negeri atau zon,” katanya semasa menjawab soalan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) mengenai usaha kerajaan dalam memberi maklumat dan kesedaran kepada masyarakat tentang autisme bagi menggalakkan ibu bapa mendaftarkan anak autisme pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Jelasnya, antara sebab mengapa masih ramai ibu bapa yang belum mendaftarkan anak autisme sebagai OKU adalah kerana mereka percaya dengan intervensi awal, kanak-kanak berkenaan tidak perlu berdaftar sebagai OKU.

“Ramai yang tidak tahu bahawa kad OKU ini boleh dibatalkan atas pengesahan pegawai perubatan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Yeoh berkata kerajaan dalam proses menambah tiga lagi Pusat Permata Kurnia di Melaka; Alor Setar, Kedah dan Putrajaya.

Katanya pusat berkenaan menyediakan program intervensi sepenuh masa untuk kanak-kanak autisme yang berusia antara 4 hingga 6 tahun sebagai persediaan untuk memasuki sekolah aliran perdana.

Beliau turut berharap lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan sokongan Ibu bapa tampil untuk menyediakan perkhidmatan Early Intervention Programme (EIP) kepada kanak-kanak dikenal pasti mengalami autisme. – BERNAMA

Tags: autismekad OKU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Autisme Di Malaysia: Dari Kesedaran Ke Tanggungjawab Bersama

Autisme Di Malaysia: Dari Kesedaran Ke Tanggungjawab Bersama

02/04/2026
0

Sambutan Global yang Semakin Bermakna Setiap 2 April, dunia memperingati Hari Kesedaran Autisme Sedunia yang telah diisytiharkan oleh United Nations...

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

22/02/2025
0

HULU SELANGOR: Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul seorang kanak-kanak perempuan ketika mangsa sedang menunaikan solat subuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd