LONDON – Seorang penyokong sebuah kelab bola sepak di sini dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh mahkamah hari ini kerana menumbuk penyokong pasukan lawan sehingga menyebabkan kematiannya pada Ogos lalu.
Andrew Lewis, 50, dari kelab Milwall didapati bersalah memukul penyokong Nottingham Forest berusia 56 tahun, Paul O’Donnell di tempat letak kereta stadium selepas perlawanan berakhir pada 4 Ogos lalu.
Ketika kejadian Lewis dalam keadaan mabuk. Insiden itu menyebabkan O’Donnell berada dalam keadaan kritikal dan meninggal dunia dua minggu kemudian. – AFP

