• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jururawat Guna Kereta Klon, Lesen Palsu Ditahan

oleh
18/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keterujaan seorang jururawat lelaki membeli kereta terpakai dengan harga murah membawa padah apabila ditahan pada sekatan jalan raya kerana dipercayai memiliki kereta klon.

Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan selepas kereta jenis Suzuki Swift, yang dibelinya sejak tiga bulan lepas itu, diperiksa pada operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Awan Besar menghala ke ibu negara malam ini.

Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ismail Mohd Zawawi berkata pemeriksaan mendapati nombor pendaftaran kenderaan itu dipercayai palsu kerana tidak selari dengan nombor casis.

“Menurut lelaki itu, kenderaan itu dibeli daripada seorang rakan dengan harga RM6,000.

“Pemeriksaan lanjut turut mendapati lesen memandu yang digunakan lelaki itu adalah palsu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Ismail berkata kenderaan berkenaan disita pihak JPJ manakala lelaki berkenaan ditahan anggota polis trafik untuk siasatan lanjut.

Dalam operasi yang bermula 8.30 malam, sebanyak 121 saman dikeluarkan serta sembilan individu lain ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk kesalahan imigresen.

Katanya sebanyak 61 saman dikeluarkan atas kesalahan tidak memiliki lesen memandu dan sebanyak 90 saman atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh.

Operasi bersepadu itu melibatkan enam agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar, Polis Tentera dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom). – BERNAMA

Tags: kereta klon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Nigeria Dicekup Santai Melaram Kereta Klon

22/09/2017
0

SERDANG - Seorang lelaki warga Nigeria ditahan polis ketika sedang bersiar-siar dengan memandu kereta klon di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), di...

2,300 Kereta Klon Disita Dari 2016 Hingga Julai 2017

06/07/2017
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 2,300 kereta klon disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara dari 2016 sehingga Julai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd