• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Larang Merokok: Menteri Langkau Kuasa Speaker?

oleh
18/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERKEJUT… Notis larangan merokok di seluruh Parlimen dan tindakan kompaun oleh pegawai Kementerian Kesihatan tidak dibincang Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Sebaliknya, beliau sendiri terpaksa berjumpa dengan pegawai penguatkuasaan pada hari ini dan meminta ketua penguatkuasaan itu agar berjumpa dirinya berhubung larangan dan tindakan kompaun yang dikenakan semalam.

“Belum, menteri (Kementerian Kesihatan) belum datang jumpa saya. Tapi saya sudah jumpa penguat kuasa dan minta ketuanya datang berhubung dengan saya untuk selesaikan beberapa perkara mengenai larangan tersebut.”

Beliau luah perkara berkenaan ketika ditemui media di Parlimen, hari ini sebagai mengulas keputusan Kementerian Kesihatan mewartakan kawasan Parlimen sebagai zon larangan merokok berkuat kuasa 15 Oktober lalu.

Keputusan itu menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir Ahli Parlimen yang merokok dan anggapnya diskriminasi terhadap mereka malah tindakan pegawai penguat kuasa memeriksa segenap kawasan Parlimen turut dipertikai..

Tindakan dramatik pihak kementerian tersebut bahkan dikatakan langsung tidak mengikut prosedur standard dan melangkaui bidang kuasa Speaker atau Yang Dipertua Dewan Rakyat sendiri.

Mengikut amalan Parlimen, sesuatu peraturan yang hendak dikuatkuasakan perlu dibentang di Dewan Rakyat terlebih dahulu untuk kelulusan Speaker, atau beliau membuat aturan sebagai pihak tertinggi dalam Parlimen.

Ketika ditanya adakah beliau didatangi Ahli Parlimen yang mempersoal peraturan itu dan meminta keputusan itu dikaji semula, Mohamad Ariff mengesahkan ada beberapa orang yang bertemu dengannya secara peribadi.

“Sebagai Speaker, memang tugas saya apabila timbul masalah, kena selesaikan. Ada yang datang dan bantah. Dalam soal kementerian itu langkau kuasa Speaker, kita akan bincang dengan menteri dan penguat kuasa,” katanya.

Sebelum ini, Parlimen menyediakan sudut merokok di tepi Dewan Rakyat berdepan dengan kafetaria. Semalam seorang Ahli Parlimen antara lapan individu yang diberi notis kesalahan merokok di dalam bangunan Parlimen.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dalam sidang media sebelum itu berkata, tindakan itu diambil susulan pengisytiharan bangunan Parlimen sebagai kawasan larangan merokok bermula Isnin lalu. – Agensi

Tags: merokok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Marah Ditegur Merokok Dalam Restoran, Lelaki Bergaduh Dengan Pasangan Suami Isteri

Marah Ditegur Merokok Dalam Restoran, Lelaki Bergaduh Dengan Pasangan Suami Isteri

15/09/2025
0

SHAH ALAM: Seorang lelaki bertindak agresif dan mencetuskan pergaduhan selepas ditegur merokok di sebuah restoran di Seksyen 13, di sini....

Dobi, Bangunan Tempat Kerja Kini Kawasan Larangan Merokok

Dobi, Bangunan Tempat Kerja Kini Kawasan Larangan Merokok

04/10/2024
0

PUTRAJAYA - Premis dobi kini menjadi kawasan terbaharu larangan merokok selepas ia digazetkan di dalam senarai Tempat Dilarang Merokok di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd