• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

149 Lagu P. Ramlee Diisytihar Warisan Kebangsaan 2018

oleh
17/10/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 149 lagu gubahan dan nyanyian seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee merupakan antara 255 butiran warisan yang diisytihar sebagai Warisan Kebangsaan 2018.

Antara lagu malar segar yang tersenarai ialah Bunyi Gitar, Maafkan Kami, Anakku Sazali, Tunggu Sekejap dan Getaran Jiwa.

Pengumuman itu dibuat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Datuk Mohammadin Ketapi pada Majlis Pengisytiharan Warisan Kebangsaan 2018 di sini hari ini.

“Pada petang ini saya mengisytiharkan sejumlah butiran warisan sebagai Warisan Kebangsaan dan apa yang istimewa ialah hasil karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee turut tersenarai sebagai Warisan Kebangsaan khususnya lagu-lagu ciptaan beliau,” katanya pada majlis itu.

Butiran lain yang diisytiharkan kali ini adalah 24 tapak warisan, 225 objek warisan serta enam tokoh orang hidup.

Beliau berkata kepentingan untuk mewartakan warisan ini akan memberi impak positif melangkaui pelbagai peringkat dan lapisan masyarakat.

“Ia turut menjana ekonomi kepada negara melalui produk pelancongan warisan,” katanya. – BERNAMA

Tags: P.Ramlee
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Lanjut Royalti P Ramlee Ditentukan Akhir Tahun

Keputusan Lanjut Royalti P Ramlee Ditentukan Akhir Tahun

02/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan memberi tempoh hingga akhir tahun ini untuk membuat keputusan sama ada tempoh pembayaran royalti muzik kepada...

MAZA Sindir PH Macam Penyamun Jual Penyangak

31/01/2019
0

"IBARAT tukar kenderaan baharu supaya konon dapat rasa perjalanan yang lebih baik dan selesa, namun jika sama sahaja seperti sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd