• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nekad Tunaikan Haji Biarpun Terpaksa Ulangi UPSR

oleh AK-47
15/09/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang pelajar tahun enam dari Baling, Kedah nekad meneruskan hasratnya menjadi tetamu Allah untuk menunaikan haji di Makkah biarpun sepatutnya terpaksa menduduki semula kertas peperiksaan subjek Sains dan Bahasa Inggeris ekoran kebocoran soalan.

“Saya tidak jangka perkara ini akan berlaku. Malah, tarikh menunaikan haji sudah ditetapkan pada semalam.

“Jika mengikut jadual asal peperiksaan, sudah tentu saya boleh menunaikan rukun Islam kelima itu dengan tenang,” kata Siti Naziatul Iffah Yaakub dipetik laman web Harian Metro.

Begitulah perasaan murid Sekolah Kebangsaan Siong di Baling, Kedah itu yang kini kegelisahan kerana terpaksa mengulangi semula peperiksaan berkenaan.

Jemaah haji termuda itu berkata, walaupun teruja untuk menunaikan haji bersama ibu dan bapanya dia tetap resah tidak dapat menduduki peperiksaan ulangan bagi kertas Bahasa Inggeris dan Science, 30 September ini.

“Sebelum ini, saya sudah buat persiapan rapi. Tapi, tidak menjangka masalah ini akan timbul dan semua murid perlu mengulang semula dua itu.

“Sebagai persediaan ke Tanah Suci saya terpaksa membahagikan masa antara mengulang kaji pelajaran dan mengikuti kursus haji bersama ibu dan ayah,” katanya.

Dia yang juga anak tunggal dalam keluarga berkata, sebelum ini pernah menjejakkan kaki ke tanah suci ketika mengerjakan ibadah umrah bersama ibu dan ayahnya.

Sementara itu, ibunya, Rabiah Harun, 57, berkata, dia dan suami tidak mempunyai pilihan selain membawa bersama Siti Naziatul Iffah ke tanah suci walaupun tahu anaknya perlu menduduki semula peperiksaan UPSR.

Sebelum itu, dia juga sudah berbincang mengenai perkara itu bersama guru besar sekolah anaknya, untuk mencari penyelesaian berhubung masalah dihadapi mereka.

“Diharapkan akan ada penyelesaian terbaik bagi masalah ini selepas kami pulang dari tanah suci kerana saya dan suami risau dengan nasib Siti Naziatul Iffah. Sebelum ini, dia mendapat keputusan agak cemerlang pada peperiksaan percubaan.

“Siti Naziatul Iffah memperoleh 4A1B. Tapi, apa juga keputusan selepas ini harap ia membawa kebaikan kepada anak saya dan yakin kepada ketentuan Allah,” katanya. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

Tags: HajiUPSR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

09/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengkaji semula keperluan untuk mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)....

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah madrasah ditahan selepas dipercayai berperanan untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd