• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Zahid: UMNO Teliti Perkembangan Siasatan SPRM

oleh Cj Mnh
18/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kedudukan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO bergantung kepada tindakan yang akan diambil terhadap beliau oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, setakat ini tiada sebarang perbincangan dibuat oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO memandangkan tiada sebarang pengesahan diperoleh mengenai apa yang akan berlaku terhadap Ahmad Zahid.

Sebelum membuat sebarang keputusan, ujarnya, MT UMNO perlu terlebih dahulu menunggu pengesahan yang dibuat oleh Ahmad Zahid.

“Kita tunggu dulu, kita tengok ada pengesahan dan mungkin beberapa hari selepas itu kita boleh panggil mesyuarat.

“Kita akan putuskan dalam mesyuarat nanti. Ahmad Zahid pun belum cerita apa-apa pada kami, sebab sepanjang hari kami di sini,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Ahmad Zahid akan dipanggil bagi memberi keterangan kepada SPRM, esok.

Menurut sumber, Ahmad Zahid telah diarahkan supaya hadir bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana membabitkan yayasan milik keluarganya iaitu Yayasan Akal Budi.

Dalam pada itu, Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah merasakan adalah lebih baik semua pihak menunggu esok dan meneliti perkembangan keputusan SPRM.

“Bagaimanapun ia perlu ditentukan oleh MT UMNO yang harus mempertimbangkan segala perkara yang berbangkit berikutan tindakan SPRM.

“Tetapi saya percaya bahawa isu ini tidak akan mencacatkan kedudukan UMNO,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: MT UMNOSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

James Chai Pulang Beri Keterangan Kepada SPRM, Rafizi Dakwa Giliran Beliau Ditahan Dan Didakwa

James Chai Pulang Beri Keterangan Kepada SPRM, Rafizi Dakwa Giliran Beliau Ditahan Dan Didakwa

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu kepada Datuk Seri Rafizi Ramli, Chai Jin Shern (James Chai) akhirnya hadir di ibu pejabat...

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd