• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tangani Maksiat Termasuk LGBT Secara Pendidikan

oleh
17/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJUNG MALIM — Peningkatan gejala maksiat termasuk lesbian gay biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini perlu ditangani secara bijak melalui asas pendidikan bermula dari ibu bapa.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata masalah sosial tersebut bukanlah perkara baharu dan sudah ada undang-undang bagi mencegahnya namun masih banyak yang tidak dilaksanakan.

“Undang-undang yang ada sekarang ini alhamdulillah (baik), tapi itupun banyak yang tidak terlaksana lagi. Jadi apa yang penting adalah asas pendidikan.

“Ibu adalah guru. Bapa adalah asas membangunkan manusia. Justeru perlu dididik dari rumah terlebih dahulu oleh ibu bapa dengan asas agama dan akhlak,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas menandatangani Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Institut Tanah dan Ukur Negara (Instun) dan Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk) di sini hari ini.

Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penganjuran pesta arak Oktoberfest dan terbaru, penganjuran sesi bertemu peminat ikon LGBT Thailand yang telah dibatalkan di mana ia dijadualkan berlangsung di Muzium Negara pada 20 Okt nanti.

Turut hadir Timbalan Mufti Perak Zamri Hashim, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Mohd Yusop Husin dan Pengarah Instun Norehan Omar.

Menurut Harussani lagi, beliau sendiri sudah menghadapi isu LGBT sejak 1968 dengan memberi ceramah kepada golongan berkenaan.

“Sebenarnya perkara ini (LGBT) bukan baru dan banyak juga badan bukan kerajaan (NGO) yang mengendalikan pemulihan golongan seperti ini, namun malangnya terdapat NGO yang menggunakan nama islam tetapi menentang ajaran Islam dan mengatakan ajaran islam serta al-Quran sudah ketinggalan zaman.

“Manusia diberikan akal dan nafsu di mana perlu menggunakan akal untuk membuat pertimbangan menghadapi nafsu dan apa yang penting adalah pendidikan dari peringkat awal,” katanya.

Sementara itu Norehan berkata MoU yang dimeterai merupakan satu simbol komitmen antara Instun dan JMNPk, yang bersetuju memperkukuh perkongsian kepakaran termasuk pembangunan harta tanah bagi faedah bersama.

“Saya yakin JMNPk mempunyai banyak pengalaman dan kepakaran yang boleh dikongsikan bersama terutama bidang ilmu Falak Syarie bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan dan pembangunan modal insan di samping menjalankan apa jua bentuk kerjasama lain,” tambahnya. — BERNAMA

Tags: LGBT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

01/12/2025
0

SHAH ALAM – Normalisasi budaya songsang memberi kesan besar termasuk melemahkan maruah dan integriti moral seorang Muslim serta membuka ruang...

Doktor Bedah, Timbalan Pendakwa Raya, PTD, Guru Antara Ditahan Aktiviti G*y Di KL

Doktor Bedah, Timbalan Pendakwa Raya, PTD, Guru Antara Ditahan Aktiviti G*y Di KL

29/11/2025
0

Doktor Bedah, Timbalan Pendakwa Raya, Pegawai Tadbir Diplomatik, Guru Serta Pegawai Beberapa Agensi Penguat Kuasa Antara Ditahan Aktiviti Jantan Dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd