• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Orang Politik Dalam Senarai Pingat Hari Wilayah

oleh Cj Mnh
17/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah berpendirian tidak akan mengesyorkan sebarang nama mereka yang terlibat dalam politik bagi penganugerahan darjah kebesaran dan pingat sempena sambutan Hari Wilayah pada tahun hadapan.

Menterinya, Khalid Abd Samad berkata, pemberian anugerah itu akan diberikan kepada mereka yang benar-benar berkhidmat kepada masyarakat.

“Insya Allah, pemberian darjah kebesaran dan pingat itu akan diadakan pada tahun depan.

“Tetapi saya nak pengiktirafan ini diberi kepada golongan pendidik, para sukarelawan yang terlibat dalam isu kemanusiaan serta mereka yang mengharumkan nama di peringkat antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ‘World Energy Cities Partnership’ (WECP) di sini hari ini.

Hadir sama, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Presiden WECP merangkap Datuk Bandar Halifax, Kanada, Mike Savage.

Menurut Khalid, pimpinan politik masih banyak masa untuk membuktikan keseriusan mereka berkhidmat kepada masyarakat sebelum dipilih menerima sebarang darjah kebesaran tersebut.

“Kita lihat dulu perkhidmatan dan pretasi mereka (ahli politik). Itupun kalau ada yang nak cadangkan, kita serahkan kepada pihak yang menawarkan,” katanya.

Beliau yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) turut menjelaskan, tiada paksaan untuk mana-mana anggota parti itu menerima atau menolak sebarang darjah kebesaran dan pingat yang ditawarkan.

“Kita hanya mengingatkan bahawa anggota tidak boleh meminta untuk mendapatkan pingat-pingat ini tetapi sekiranya ditawarkan, kita serahkan kepada diri empunya untuk menerima atau menolak.

“Bagi kita, ia tidak menjadi satu isu kerana mereka ditawarkan, bukan melobi atau membeli darjah kebesaran dan pingat tersebut,” katanya.

Ini berikutan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini membuat teguran secara terbuka kepada beberapa pemimpin parti itu yang menerima darjah, bintang dan pingat kebesaran daripada Melaka serta Sabah.

Lim yang juga Menteri Kewangan menganggap tindakan pemimpin berkenaan tidak mencerminkan semangat perjuangan sebenar parti itu, sekali gus memberikan persepsi lain kepada rakyat kerana parti itu tidak sampai setahun menjadi kerajaan.

Jelas Khalid, anggota parti Amanah boleh menerima anugerah sekiranya kurniaan tersebut boleh membantu imej parti atau pekerjaan mereka.

“Mengenai aspek tempoh perkhidmatan, pihak yang menawarkan pasti sudah mengambil kira hal ini.

“Mungkin individu yang ditawar itu baru menjadi menteri tetapi sudah lama berkhidmat. Jadi tak salah untuk diberi pengiktirafan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Hari Wilayahpingat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Olimpik Paris 2024: Aaron-Wooi Yik Hadiahkan Pingat Pertama Buat Malaysia

Olimpik Paris 2024: Aaron-Wooi Yik Hadiahkan Pingat Pertama Buat Malaysia

05/08/2024
0

BEREGU lelaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya meraih pingat gangsa pertama buat Malaysia di Sukan Olimpik Paris selepas...

Sukan SEA Kemboja 2023: Wei Theng Sumbang Pingat Pertama

Sukan SEA Kemboja 2023: Wei Theng Sumbang Pingat Pertama

06/05/2023
0

PHNOM PENH – Kontinjen Malaysia akhirnya memperoleh pingat pertama di Sukan SEA Kemboja 2023 menerusi Yoong Wei Theng dalam acara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd