• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azhar Sulaiman Restu Anak Jadi Penyanyi

oleh Cj Mnh
17/10/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Melihat kelas vokal sebagai platform meningkat keyakinan diri, Azhar Sulaiman, 47, mendapatkan khidmat Amylea Azizan untuk mengasah kemampuan tiga anaknya.

Katanya, tujuan dia mengundang guru vokal profesional bukan kerana mahu mereka menjadi penyanyi, sebaliknya ilmu dan teknik yang dipelajari dapat dimanfaatkan untuk masa depan.

“Diikutkan, ketiga-tiga anak saya mempunyai minat yang berbeza. Hanya anak sulung yang cenderung meminati bidang nyanyian.

“Dua lagi adiknya, yang juga sepasang kembar mempunyai minat lain. Anak kedua iaitu lelaki menyukai hoki ais, manakala adiknya lebih kepada bidang peragaan.

“Selain kelas vokal dan muzik, sejak kecil mereka sering dibawa isteri menyertai pelbagai kelas dan aktiviti untuk menambah pengetahuan,” katanya.

Hasil perkahwinannya dengan Chempaka Emalin Pahamin, pelakon yang popular menerusi filem Mira Edora itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora, 20, dan pasangan kembar, Andika Rees Pahamin serta Kasih Iris Leona, 16.

Kongsi bintang Abang 92 itu lagi, anak sulungnya bukan hanya menyerlah sebagai penyanyi, malah berkebolehan bermain muzik dan mempunyai band sendiri yang dinamakan Senja.

“Sebagai bapa, saya agak tegas. Saya sentiasa ingatkan anak-anak supaya ambil serius dalam setiap perkara yang dilakukan.

“Seperti Kasih, sejak kecil, dia memang suka menyanyi. Kalau di rumah, dia suka sangat bermain muzik. Jadi, saya dan ibunya memberi galakan supaya dia menyerlahkan bakat yang ada.

“Dalam Senja, Kasih bertindak sebagai vokalis. Kami nampak kesungguhannya dan berharap usaha itu bukan hanya separuh jalan.

“Adik lelakinya pula mewakili negara dalam sukan hoki ais, manakala si bongsu menyukai dunia kecantikan. Iris gemar berkongsi gambar dan tips kecantikan di Instagram. Dia punya ramai pengikut di laman sosial itu,” katanya. – BH Online

Tags: anakAzhar Sulaiman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anak Rosak, Bengis Sejak Umur 17 Tahun. Mengamuk Bawa Parang

Anak Rosak, Bengis Sejak Umur 17 Tahun. Mengamuk Bawa Parang

03/11/2025
0

RAWANG: "Ibu bapa mana yang tidak sedih dan menderita apabila melihat satu-satunya anak lelaki kami musnah akibat dadah," kata pesara...

Polis Tunggu Laporan Kimia Kes Serangan Anak Rafizi

Polis Tunggu Laporan Kimia Kes Serangan Anak Rafizi

24/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menunggu laporan kimia berkaitan cecair yang disuntik dalam insiden serangan terhadap anak lelaki bekas Menteri Ekonomi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd