• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Messi Akan Bergelut Jika Bersama United

oleh Cj Mnh
17/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Paul Scholes merasakan Manchester United memerlukan pemain berkualiti seperti Eden Hazard dan Kevin De Bruyne untuk menjadikan mereka sebagai pencabar utama kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun, dia memberitahu, Lionel Messi juga akan berdepan masalah sekiranya bersama pasukan itu ketika ini.

United menampilkan aksi memalukan dalam Liga Perdana Inggeris musim ini dengan pasukan kendalian Jose Mourinho hanya meraih 10 mata daripada tujuh perlawanan pertama.

Kejayaan menundukkan Newcastle United dilihat menjadi punca kebangkitan semula kempen musim ini buat United tetapi Scholes sama sekali tidak percaya pasukan itu mampu mencabar kejuaraan musim ini.

Scholes melihat gandingan David Silva dan De Bruyne serta Hazard selaku penjaring terbanyak sebagai penanda aras musim ini tetapi mengakui bahawa tidak yang pasti dalam saingan liga itu.

“Saya melihat pasukan semasa dan tidak rasa mereka kurang dari segi kualiti.

“Saya merasakan mereka terlepas beberapa pemain bertaraf dunia yang dimiliki pasukan lain.

“Saya melihat De Bruyne, Hazard atau David Silva pemain yang menghubungkan tengah dan bahagian serangan.

“Tetapi sesiapa sahaja pemain yang datang menyertai pasukan ini akan bergelut. Saya rasa kami mampu dapatkan Lionel Messi ketika ini dan dia juga akan bergelut dalam pasukan ini,” kata Scholes yang pernah menjulang 11 trofi kejuaraan Liga Perdana Inggeris bersama Red Devils.- AGENSI

Tags: Mancester UnitedPaul Scholes
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kami Tak Cukup Bagus: Pogba

20/08/2018
0

BIGHTON, United Kingdom: Kapten Manchester United Paul Pogba mengakui pasukannya tidak mempunyai sikap yang diperlukan apabila tewas 2-3 kepada Brighton...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd