• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aset PNB: Cakap Tony Pua Bukan Kenyataan Kerajaan

oleh Cj Mnh
16/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pandangan diutarakan Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tony Pua Kiam Wee berhubung penjualan aset Permodalan Nasional Berhad (PNB) bukan pendirian rasmi kerajaan.

Timbalan Menteri Hal Ekonomi, Mohd Radzi Md Jidin, ketika menegaskan perkara itu berkata, pihaknya mengambil pendekatan terbuka dan mendengar pendirian berkenaan, namun ia bukan kenyataan rasmi kerajaan mengenai isu terbabit.

“Saya ambil maklum kenyataan (Ahli Parlimen) Damansara (Kiam Wee), tetapi itu pendirian beliau dan bukan kenyataan daripada pihak kerajaan.

“Kerajaan sedang melihat penjualan aset yang berkaitan jika ada keperluan. Tidak guna buat spekulasi berdasarkan kenyataan daripada Setiausaha Politik Menteri Kewangan.

“Kita tunggu kenyataan kerajaan berkaitan penjualan-penjualan aset jika ada da jika perlu,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Awang Hashim (PAS-Pendang) di Dewan Rakyat, hari ini.

Awang membangkitkan persoalan mengenai pendirian kerajaan susulan kenyataan Kiam Wee, pada 10 Oktober lalu, bahawa Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan PNB akan menyemak semula serta melepaskan aset bukan strategik untuk sebahagian daripada langkah kerajaan mengurangkan hutang negara.

Ahli Parlimen Damansara daripada DAP itu semalam bagaimanapun memperbetulkan kenyataannya dengan menjelaskan penjualan aset kerajaan untuk membayar hutang tidak akan membabitkan aset dalam pengurusan PNB.

Isu sama cuba dibangkitkan Datuk Seri Tajuddin Rahman (BN UMNO-Pasir Salak) yang mempersoalkan kedudukan dan kapasiti Kiam Wee kerana sering menjadi ‘lidah kerajaan’, khususnya membabitkan soal ekonomi negara, sekali gus mengundang kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Sebelum sempat menghabiskan hujah bagi menyokong persoalannya, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, mencelah untuk menegaskan bahawa pertikaian dibangkitkan Tajuddin tidak mempunyai sebarang kaitan dengan ‘isu pokok’.

Mohamad Ariff dalam nada nasihat berkata setiap soalan yang dibangkitkan dalam sesi jawab lisan perlu bersifat khusus, bukan lari daripada tajuk utama.

“Ini (isu kenyataan Ahli Parlimen Damansara) agak lari daripada soalan asal, tiada kena mengena. Sesi jawab lisan mesti khusus kepada soalan yang dikemukakan,” katanya.

Cubaan Mohamad Ariff meleraikan perbalahan daripada terus berlanjutan bagaimanapun gagal apabila Tajuddin masih bertegas perkara dibangkitkannya ialah berkaitan hal ehwal ekonomi, khususnya kepentingan Bumiputera, sekali gus menuntut komen daripada kerajaan.

Mohd Radzi yang lantas bangkit memberikan maklum balas berkata: “Saya rasa tidak perlu komenlah hal berkenaan.” – BH Online

Tags: aset PNBMohd Radzi Md Jidin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Kekal Fokus Dan Tenang!”

03/03/2021
0

KUALA LUMPUR - "Kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020, perjalanan anak-anak sudah hampir sampai ke penghujungnya. Kekal fokus...

Menteri Pendidikan Puas Hati Hari Pertama SPM Lancar

22/02/2021
0

PUTRAJAYA - Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang bermula Isnin berjalan lancar. Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd