• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Perlu Siap Sedia Jika SOSMA Dimansuhkan

oleh Ahmad Albab
16/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis perlu sentiasa berada dalam keadaan siap siaga bagi mengawal sebarang provokasi dan kekecohan sehingga menyebabkan keselamatan awam digugat jika Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dimansuhkan nanti.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata polis juga perlu berada selangkah di depan dengan mengambil kira peruntukan undang-undang lain yang berkaitan bagi memastikan aspek keselamatan rakyat dapat dikawal secara menyeluruh.

“Pendirian saya, SOSMA boleh ditambah baik, tidak perlu dimansuhkan namun keputusan itu hanya boleh dibuat oleh kerajaan. Sekiranya ia dimansuhkan, PDRM perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan.

“Ada banyak undang-undang lain berkaitan yang boleh digunakan bagi membela hak asasi manusia dan menjaga ketenteraman awam daripada digugat individu lain (termasuk geng samseng),” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Keselamatan Pengguna (PKP), Samsudin Mohamad Fauzi, berkata kerajaan wajar mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 sekiranya mengambil keputusan untuk memansuhkan SOSMA.

“Saya tahu ada beberapa kelompangan dalam ISA, namun ia perlu jika SOSMA dimansuhkan.

“Mungkin ISA itu perlu diubah suai, kaji mengikut sudut yang lebih praktikal.

“Kita tidak mahu nanti gengster dan kumpulan kongsi gelap ‘bermaharajalela’ di negara ini kerana pihak berkuasa tidak mengambil tindakan dan mengenakan hukuman setimpal susulan tiada undang-undang khas bagi menangani masalah berkaitan,” katanya.

Pada 13 September lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilaporkan mengesahkan rumusan cadangan pemansuhan SOSMA berada pada peringkat terakhir sebelum diserahkan kepada Jemaah Menteri.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim, berkata jawatankuasa khas ditubuhkan kementerian itu sudah mengadakan siri mesyuarat bagi mengkaji kebaikan dan kelemahan memansuhkan akta berkenaan. – BH ONLINE

Tags: SOSMATan Sri Ismail Omar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Masalah Pinda Akta MARA Selagi Hak Bukan Bumiputera Tidak Terjejas, Terancam – Lim Guan Eng

Tiada Masalah Pinda Akta MARA Selagi Hak Bukan Bumiputera Tidak Terjejas, Terancam – Lim Guan Eng

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng mengingatkan sebarang pindaan terhadap Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966 tidak boleh...

SOSMA: Penambahbaikan Bagi Imbangi Keselamatan Negara, Hak Asasi Individu

SOSMA: Penambahbaikan Bagi Imbangi Keselamatan Negara, Hak Asasi Individu

19/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd