• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesara Kerajaan Rugi Lebih RM300K Ditipu Macau Scam

oleh Ahmad Albab
16/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Seorang pesara kerajaan dari Padawan, dekat sini kerugian RM305,956 wang Amanah Saham Bumiputera (ASB) akibat ditipu sindiket ‘Macau Scam’ dalam kejadian terbaharu di negeri ini.

Mangsa seorang wanita berusia 65 tahun diperdaya sindiket tersebut untuk membuka akaun bank baharu, seterusnya memindahkan wang ASB itu bagi membantu siasatan selepas didakwa memiliki hutang bank serta terlibat dengan sindiket penggubahan wang haram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak, Supt Mustafa Kamal Ghani Abdullah berkata wanita itu ditipu menggunakan modus operandi tetap sama iaitu membuat panggilan kepada mangsa dengan menyamar seba­gai kakitangan mahkamah dan pegawai polis.

“Pada 27 Sept lalu, mangsa telah menerima panggilan telefon daripada seorang perempuan yang dikenali sebagai Siti Rohana Abdullah dari Mahkamah Kuala Terengganu mengatakan beliau ada meminjam duit sebanyak RM50,000 Hong Leong Bank Kuala Terengganu serta memaklumkan jika tidak membayar hutang tersebut akan disenarai hitam.

“Wanita itu menjelaskan tidak dapat pergi ke Kuala Terengganu untuk membayar hutang tersebut sebelum talian telefon telah disambungkan kepada seorang lelaki yang mengaku sebagai Sarjan Halim Hashim dari IPK Kuala Terengganu yang mendakwa mangsa juga terlibat dengan sindiket penggubahan wang haram,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mustafa Kamal berkata mangsa sekali lagi dihubungi ‘Sarjan Halim Hashim’ sehari kemudian (28 Sept) yang memintanya membeli telefon bimbit, tetapi mangsa beritahu tiada masa untuk membeli telefon bimbit baru dan terpaksa aktifkan semula telefon bimbit lama atas kemahuan suspek.

“Mangsa telah diarahkan membeli satu nombor baru untuk tujuan siasatan polis yang mana akan diminta oleh seorang pegawai berpangkat Inspektor. Pada 1 Oktober mangsa telah diarahkan ke Affin Bank untuk membuka akaun baru dan memindahkan wang ASB beliau ke dalam akaun tersebut.

“Mangsa juga diminta untuk menghantar nombor kad ATM baru Affin Bank iaitu nombor di depan dan belakang kad bank itu. Seterusnya mangsa telah diarah memberikan nombor telefon Sarjan Halim kepada pihak bank sekiranya ada panggilan dari pihak bank untuk tujuan penghantaran nombor PUK atau urusan yang melibatkan transaksi online,” katanya.

Beliau berkata pengadu telah memindahkan semua wang ASB miliknya berjumlah RM306,033.57 ke dalam akaun Affin Bank yang baru dibuka itu.

Menurutnya berkata mangsa hanya menyedari ditipu selepas membuat semakan di bank mendapati baki duit hanya tinggal RM77.57 sebelum membuat laporan polis semalam.

Mustafa Kamal berkata secara keseluruhan pihaknya menerima lapan laporan berkenaan Macau Scam serta dua laporan berkenaan ‘Parcel Scam’ di seluruh negeri semalam. – BERNAMA

Tags: Macau ScamPesara Kerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

06/11/2025
0

CHINA HUKUM MATI KETUA SINDIKET PENIPUAN SEMPADAN MYANMAR – OPERASI “CYBER SLAVERY” DIGEMPUR HABIS-HABISAN Oleh Mynewshub  BEIJING, 6 November 2025...

Penjawat Awam Terima Bantuan Khas Kewangan RM500, Pesara RM250

Penjawat Awam Terima Bantuan Khas Kewangan RM500, Pesara RM250

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan bantuan khas kewangan RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd