• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Jangan Jaja Berhampiran Lampu Isyarat’

oleh Ahmad Albab
16/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menasihati pengguna supaya tidak menggalakkan trend menjaja makanan dan minuman berhampiran lampu isyarat.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, sebagai pengguna soal kebersihan makanan dan minuman perlu diambil berat kerana dibimbangi mendatangkan kemudaratan.

“Jika belaku keracunan makanan, pihak mana nak bertanggungjawab. Premis atau kedai tidak ada, macam mana tindakan nak diambil. Senang kata, kalau ada permintaan, maka adalah pihak yang sediakan perkhidmatan itu.

“Kedua, pengguna perlu tahu bahawa setiap pengusaha makanan perlu melalui prosedur yang ditetapkan seperti menjalani kursus pengurusan makanan dan mengambil vaksin anti- typhoid. Adakah penjaja ini melalui prosedur ini?” soalnya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Semalam, Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan menegaskan trend menjaja makanan berhampiran lampu-lampu isyarat sekitar jalan raya di Kelantan merupakan satu kesalahan.

Katanya, aktiviti jual beli makanan di tengah-tengah jalan itu bukan sahaja menganggu aliran trafik, malah turut membahayakan keselamatan penjaja dan pembeli serta pengguna jalan raya yang lain.

Menurutnya, mereka yang menjaja dan membeli menggunakan cara itu boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut peruntukan sedia ada.

[ARTIKEL BERKAITAN: Jual beli makanan di lampu isyarat satu kesalahan]

Mengulas lanjut, Nadzim berkata, pengguna juga perlu sentiasa berwaspa daripada menjadi mangsa rompak atau ragut.

“Yang ikhlas berniaga itu cerita lain. Kalau yang pura-pura meniaga berhampiran lampu isyarat dan kita sebagai pengguna nak beli makanan serta minuman yang dijual, bila buka tingkap, sekali kena ragut gelang atau rantai,” katanya.

Tambahnya, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mengambil berat isu menjaja berhampiran lampu isyarat dan memikirnya alternatif lain bagi membantu mereka.

“Mungkin penjaja ini mereka ada masalah dari segi nak dapatkan lesen berniaga kecil-kecilan dan tidak ada tempat untuk berniaga. Jadi PBT ambil inisiatif sediakan tempat sesuai bagi mereka ini berniaga.

“Bila dipermudahkan segala prosedur, bandar pun jadi bersih, tersusun dan kemas. Negara makin maju, sepatutnya ada inisiatif untuk penambahbaikan, bukan biarkan perkara seumpama ini terus berlaku,” katanya. – Sinar Harian Online

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Aktivis PPIMpeniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

30/05/2025
0

MELAKA – Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd