• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2.2 Juta Warga Asing Bekerja Di Malaysia Tahun Lepas

oleh
16/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kira-kira 2.2 juta tenaga kerja asing berada di Malaysia tahun lepas, kebanyakannya bekerja dalam sektor pertanian dan pembinaan, menurut laporan ‘Keadaan Isi Rumah 2018: Realiti Berbeza’ yang dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Khazanah.

Menurutnya 40.5 peratus daripada pekerja asing bekerja dalam kedua-dua sektor itu, manakala 35.9 peratus dalam bidang perkhidmatan dan 23 peratus lagi dalam bidang pekilangan.

“Bagaimanapun penting dinyatakan di sini bahawa statistik rasmi ini tidak termasuk tenaga kerja di rumah-rumah kongsi, sekaligus mungkin tidak menggambarkan jumlah sebenar pekerja asing dalam sektor pertanian yang mungkin lebih tinggi,” katanya.

Laporan itu dilancarkan oleh Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd Datuk Shahril Ridza Ridzuan hari ini.

Menurut kajian itu tenaga kerja Malaysia adalah sekitar 10.6 juta pada tahun 2010, tapi meningkat kepada 12.7 juta tahun lepas, manakala tenaga kerja asing adalah sekitar 1.7 pada tahun 2010.

Daripada 12.7 juta jumlah tenaga kerja dalam kalangan rakyat tempatan tahun lepas, 12.2 juta bekerja, manakala bagi kalangan warga asing, hampir semuanya bekerja.

Laporan itu menyebut bahawa daripada 2010 sehingga 2017, jumlah tenaga kerja dari kalangan rakyat Malaysia dengan kelulusan pendidikan tertiari meningkat paling tinggi sekitar 1.3 juta, manakala pendidikan menengah meningkat 1.2 juta.

Terdapat penurunan kira-kira 438,000 rakyat Malaysia dengan kelulusan pendidikan rendah dalam jumlah tenaga kerja dalam tempoh yang sama.

Dengan merujuk kepada data 2015, laporan itu berkata Indonesia kekal menjadi kumpulan pekerja asing dominan dangan catatan 39.2 peratus, diikuti Nepal (23.5 peratus) dan Bangladesh (13.2 peratus). – BERNAMA

Tags: warga asing
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak semua persatuan penjaja dan peniaga boleh diharapkan dalam usaha...

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd