• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendengaran Tangguh Hukuman Penjara Pengurus Pilihan Raya Rembau Ditangguh

oleh Cj Mnh
15/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan menangguhkan pendengaran penangguhan pelaksanaan hukuman penjara tiga bulan dikenakan terhadap pegawai pengurus pilihan raya kawasan Parlimen Rembau bagi kesalahan menghina mahkamah.

Hakim Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer, yang mempengerusikan panel tiga hakim berkata, beliau sangsi bahawa mahkamah rayuan mempunyai bidang kuasa untuk mendengar perkara itu berikutan kes itu berasal daripada Mahkamah Pilihan Raya.

“Anda pergi ke Mahkamah Persekutuan, dan sekiranya Mahkamah Persekutuan kata kembali semula ke Mahkamah Rayuan, kami akan dengarnya esok,” katanya.

Dengan persetujuan kedua-dua pihak, Hakim Dr Hamid menangguhkan prosiding untuk membolehkan peguam mewakili Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Amino Agos Suyub, memfailkan permohonan penangguhan di Mahkamah Persekutuan.

Hakim Dr Hamid berkata Mahkamah Rayuan akan mendengar permohonan itu sekiranya Mahkamah Persekutuan memutuskan ia (Mahkamah Rayuan) mempunyai bidang kuasa untuk mendengar perkara itu.

Turut bersidang bersama-sama beliau ialah Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Hakim Datuk Hanipah Farikullah.

Rabu lepas, Hakim Mahkamah Pilihan Raya Datuk Azimah Omar mendapati Amino Agos bersalah bagi perbuatan mengajar seorang saksi untuk memberi keterangan dalam petisyen pilihan raya dikemukakan calon Pakatan Harapan Dr S. Streram dan menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan terhadapnya (Amino Agos).

Dr Streram memfailkan petisyen pilihan raya memohon membatalkan keputusan SPR mengisytiharkan calon Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, satu daripada empat kerusi DUN dalam kawasan Parlimen Rembau.

Mohamad menang tanpa bertanding di kerusi itu selepas Amino Agos enggan membenarkan Dr Streram masuk ke pusat penamaan calon atas alasan beliau (Dr Streram) tidak mempunyai pas calon yang dikeluarkan SPR.

Dalam pembelaannya, Amino Agos menafikan beliau berniat untuk mengajar saksi, Daing Muhamad Rahimi, iaitu penolong pengurus pilihan raya bagi kawasan Parlimen Rembau pada hari penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-14, tentang bagaimana untuk memberi keterangan di mahkamah.

Beliau mendakwa mesej yang dihantarnya kepada saksi itu menerusi WhatsApp adalah sebagai luahan perasaan sahaja.

Peguam G. Rajasingam mewakili SPR dan Amino Agos manakala peguam Muhammad Rafique Rashid Ali mewakili Dr Streram. – BERNAMA

Tags: ditangguhhukuman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerja-Kerja Mencantikkan Tren Terpaksa Ditangguh Tunggu Menteri Pengangkutan Lancar – Onn Hafiz

Kerja-Kerja Mencantikkan Tren Terpaksa Ditangguh Tunggu Menteri Pengangkutan Lancar – Onn Hafiz

13/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerja-kerja mencantikkan dan membalut tren KTM Johor terpaksa ditangguhkan kerana perlu menunggu kehadiran Menteri Pengangkutan, Anthony Loke...

Pelatih Guru IPGM Terlibat Buli Akan Dibuang, Bakal Pendidik Perlu Tunjuk Akhlak Yang Baik

Pelatih Guru IPGM Terlibat Buli Akan Dibuang, Bakal Pendidik Perlu Tunjuk Akhlak Yang Baik

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) memandang serius kejadian buli di sebuah kampus IPGM seperti yang dilaporkan media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd