• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Akuatik Tuanku Zara Dijangka Dibuka Kepada Umum Bulan Ini

oleh Cj Mnh
15/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pusat Akuatik Tuanku Zara di sini yang menempatkan enam kolam renang bertaraf antarabangsa dijangka dibuka kepada orang ramai bulan ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Perak Howard Lee Chuan How.

Beliau berkata ura-ura mengatakan pembukaan pusat akuatik tersebut kepada umum selepas penganjuran Kejohanan Para Sukan Malaysia (Sukma) 2018 pada 21 hingga 28 Nov adalah tidak benar.

Katanya, punca kelewatan pembukaan pusat akuatik kepada umum kerana perlu melalui proses penilaian risiko terlebih dahulu selain menentukan harga bayaran masuk serta sistem pengeluaran tiket yang kini hampir selesai.

“Kita mintak maaf kerana tidak dapat buka kepada orang awam ketika ini kerana kita tidak mahu terburu-buru membukanya bagi mengelak sebarang masalah berlaku,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata sebelum pengwujudan Perbadanan Sukan, pusat akuatik itu masih dibawah penyelarasan dan pengurusan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Sehubungan itu, katanya, MBI dan kerajaan negeri akan mengadakan satu mesyuarat Khamis ini bagi membincangkan pelbagai perkara termasuk memuktamadkan tarikh pembukaan pusat akuatik berkenaan serta harga masuk.

Beliau berkata prapelancaran pembukaan pusat akuatik kepada orang ramai akan diadakan sebelum ia dirasmikan secara rasmi oleh Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Sebelum ini, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan mengumumkan pusat akuatik itu atau dahulu dikenali sebagai Kompleks Kolam Renang MBI dibuka kepada umum Mei lepas.

Selain itu, Lee berkata kerajaan negeri bersama-sama syarikat The Dance Company memperuntukkan RM30,000 bagi menaja dua bakat tempatan ke program pertukaran pelajar dalam bidang tarian di Scotland, United Kingdom (UK).

Katanya, uji bakat untuk memilih dua bakat tempatan bagi menyertai program itu akan diadakan di House of Silveryouth di sini, pada 27 Okt ini dan uji bakat terbuka kepada pelajar berumur 13 hingga 24 tahun.

Sementara itu, Pengarah The Dance Company, Shannon Lee berkata para pelajar yang berminat menyertai program berkenaan boleh mempersembahkan apa sahaja jenis tarian yang diminati sewaktu uji bakat.

Program pertukaran pelajar itu bakal dianjurkan selama 10 hari mulai 1 Dis ini hasil inisiatif Ballest West UK dan Direct Academia International.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian 03-3119127 atau menerusi emel [email protected]. – BERNAMA

Tags: Pusat Akuatikumum
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN Negeri Sembilan Umum Miliki Majoriti Mudah Bentuk Kerajaan Negeri

BN Negeri Sembilan Umum Miliki Majoriti Mudah Bentuk Kerajaan Negeri

27/04/2026
0

SEREMBAN - Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mengumumkan telah mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri susulan sokongan Ahli Dewan...

Media Asing Lapor Harga Minyak Global Turun Selepas Iran Umum Buka Semula Selat Hormuz

Media Asing Lapor Harga Minyak Global Turun Selepas Iran Umum Buka Semula Selat Hormuz

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Harga minyak dunia dilaporkan merosot selepas Iran mengumumkan pembukaan penuh Selat Hormuz kepada semua kapal komersial sepanjang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd