• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunjuk Bukti Saya Cakap SST Akan Turunkan Harga Barang

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mempertahankan kenyataannya sebelum ini bahawa tiada jaminan harga barang akan turun selepas pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

“Saya ingin tegaskan sekali lagi seperti pernah disebut dalam sesi Parlimen sebelum ini bahawa kerajaan tidak pernah jamin harga barang tidak akan naik, yang kita jamin ialah jika ada kenaikan harga…..,” katanya di sesi soal jawab lisan Dewan Rakyat, hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat meneruskan kenyataannya kerana diganggu oleh ahli-ahli parlimen pembangkang yang tidak berpuas hati.

Susulan itu, Guan Eng mencabar mana-mana pihak menunjukkan bukti sekiranya beliau pernah mengeluarkan kenyataan harga barang akan turun.

“Saya dah sebut banyak kali, jika YB boleh tunjuk di mana saya sebut SST akan sebabkan kekurangan harga tolonglah beri petunjuk kepada saya. Jika tidak boleh tunjuk bukti jangan sebarkan fitnah tak berasas.

“PRK PD telah buktikan sebar fitnah jahat tak laku dan lapuk. Biar kita tunjuk fakta dan angka sebenar,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN – Bera) mengenai jenis cukai baru akan diperkenalkan kerajaan, Guan Eng berkata, ia akan diumumkan dalam belanjawan negara, 2 November ini.

“Dua minggu saja lagi sebelum belanjawan dibentang. Harap Bera sabar sikit sebagaimana yang ditunggu rakyat,” katanya. – Sinar Harian Online

Tags: Lim Guan EngSST
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Minta Pemimpin Kerajaan Ambil Iktibar Kekalahan Besar Trump, Keluar Bilik Berhawa Dingin Dengar Keluhan Rakyat

Lim Guan Eng Minta Pemimpin Kerajaan Ambil Iktibar Kekalahan Besar Trump, Keluar Bilik Berhawa Dingin Dengar Keluhan Rakyat

05/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa pimpinan kerajaan mengambil iktibar daripada kekalahan besar Parti Republikan pimpinan Presiden...

Lim Guan Eng Dakwa PMX Dikelirukan Berkenaan Caruman KWSP Pekerja Asing

Lim Guan Eng Dakwa PMX Dikelirukan Berkenaan Caruman KWSP Pekerja Asing

31/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan maklumat salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd