• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penerimaan Darjah, Bintang Kebesaran Terpulang Kepada Individu

oleh Ahmad Albab
15/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Terpulang pada individu untuk menerima pencalonan darjah, bintang dan pingat kebesaran, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Rina, yang merupakan seorang daripada lima menteri Kabinet yang menerima darjah kebesaran negeri Melaka bergelar ‘Datuk Seri’ minggu lepas berkata, penanugerahan itu akan meningkatkan semangatnya untuk terus menabur khidmat dan bakti kepada masyarakat.

“Boleh beri pandangan dan pendapat. Agaknya kalau yang komen itu diberikan pangkat dia akan terima atau tolak?” katanya secara berseloroh kepada pemberita selepas majlis konvokesyen Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Rina dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ bersempena sambutan ulang tahun ke-80 Yang Dipertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob minggu lepas.

Gelaran Datuk Seri yang diterima oleh barisan Kabinet baharu itu dipertikai segelintir pengguna media sosial yang mempersoalkan bakti mereka yang baharu lima bulan memegang jawatan selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 Mei lalu.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam menegur sikap pemimpin parti itu yang menerima darjah kebesaran negeri Sabah dan Melaka yang membawa gelaran Datuk, sebelum menunjukkan komitmen serta prestasi kepada rakyat.

Empat pemimpin DAP yang menerima gelaran Datuk ialah Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong Tien Fat; Menteri Belia dan Sukan Sabah, Frankie Poon Ming Fung; Pengerusi DAP Melaka, Tey Kok Kiew dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Dr Wong Fort Pin. – BERNAMA

Tags: pingat kebesaranRina Harun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRU15: Rina Nafi Lap Tangan Selepas Bersalaman

PRU15: Rina Nafi Lap Tangan Selepas Bersalaman

07/11/2022
0

SEPANG – Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Sepang, Datuk Seri Rina Mohd. Harun menyangkal ada mengelap tangan di pakaian ibunya,...

RUU Antigangguan Seksual 2021 Diluluskan

RUU Antigangguan Seksual 2021 Diluluskan

20/07/2022
0

KUALA LUMPUR - Hasil usaha penggubalan dan libat urus yang dilakukan sejak 2011, Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual 2021 (AGS2021) akhirnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd