• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Dilaporkan Hilang Ketika Bantu Mangsa Kemalangan

oleh Ahmad Albab
15/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar lelaki hilang dikhuatiri terjatuh ke dalam Sungai Kayu Ara ketika cuba membantu mangsa kemalangan membabitkan tiga lori dan sebuah kereta di Lebuhraya NKVE dekat sini, Jumaat lepas.

Menurut Khairul Anuar Mohd Rozali, 27, adiknya Amir Hamzah, 22, menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 dalam perjalanan ke rumahnya di Shah Alam dari kampung di Lenggong, Perak untuk menghadiri konvokesyen di Universiti Putra Malaysia pada Sabtu.

“Saya dimaklumkan dia melihat kemalangan itu dan cuba membantu lori pertama yang terbabas sebelum dipercayai terjatuh dari jambatan apabila sebuah lagi lori turut kemalangan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

“Motosikal adik saya ditemui dengan kunci serta enjin masih hidup pada hari kejadian manakala beg mengandungi barangan peribadi dijumpai semalam,” jelasnya.

Khairul Anuar berkata operasi mencari adiknya yang juga pelajar Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics di Taman Maluri di sini itu diteruskan oleh pihak bomba dan polis hari ini di kawasan sungai berkenaan.

“Kami berharap dia ditemui segera,” katanya sambil menambah Amir Hamzah seorang yang baik dan akan menolong orang dalam kesusahan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu.

“Operasi diteruskan dan setakat ini mangsa belum dijumpai,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 3.50 pagi itu, seorang lelaki dan seorang wanita maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan itu yang berlaku antara plaza tol Subang dan Damansara. – BERNAMA

Tags: HILANGkemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

08/05/2026
0

BATU PAHAT – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga...

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub MENTAKAB – Seorang penunggang motosikal dipercayai pelajar sekolah mengalami kecederaan serius selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd