• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Semporna Tahan 2 Lelaki Disyaki Buru Penyu

oleh Ahmad Albab
14/10/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Semporna menahan dua lelaki disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan dan memburu penyu di kawasan perairan di sini, semalam.

Pengarah APMM Semporna Komander Maritim Norrimi Hassan berkata pasukan APMM yang menjalankan rondaan di kawasan tanggungjawab, menahan dan memeriksa bot pam dinaiki kedua-dua lelaki tersebut berhampiran perairan Kampung Labuan Haji di Pulau Bum-Bum pada kira-kira 4.30 pagi.

“Juragan dan awak-awak masing-masing berusia 52 dan 38 itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Pemeriksaan teliti ke atas bot itu turut menemukan cengkerang yang cuba diseludup serta peralatan memburu penyu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Norrimi berkata APMM akan meningkatkan lagi rondaan dan penguatkuasaan bagi memastikan perlanggaran undang-undang di perairan Semporna dapat ditangani.

Katanya, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung pelanggaran undang-undang laut atau kecemasan boleh menghubungi Zon Maritim Semporna di talian 089-782619 atau MERS 999. – BERNAMA

Tags: APMMKes Buru Penyupemui
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd