• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesakit Wanita Maut Tercampak Keluar Dari Ambulans

oleh Ahmad Albab
15/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang wanita maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah ambulans Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan sebuah kereta di lampu isyarat simpang empat Bukit Kledang, Jalan Ipoh-Lumut, di sini, petang semalam.

Rawaidah Mad Saad, 32, meninggal dunia di tempat kejadian akibat tercampak keluar dari ambulans manakala tujuh lagi dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, untuk menerima rawatan.

Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh DSP Wan Shaharuddin Wan Omar berkata dalam kejadian 7 petang itu, ambulans yang dinaiki enam penumpang bertembung dengan sebuah kereta jenis Honda Accord.

Keadaan sebuah kereta yang remuk dalam kemalangan membabitkan sebuah ambulans Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sebuah kereta Honda Accord, yang mengakibatkan seorang wanita maut manakala enam yang lain cedera, di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh-Lumut dan Jalan Keledang di sini, malam tadi. - Foto BERNAMA
Keadaan sebuah kereta yang remuk dalam kemalangan membabitkan sebuah ambulans Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sebuah kereta Honda Accord, yang mengakibatkan seorang wanita maut manakala enam yang lain cedera, di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh-Lumut dan Jalan Keledang di sini, malam tadi. – Foto BERNAMA

“Kita sedang menyiasat bagaimana kejadian ini berlaku. Siasatan awal mendapati ambulans jenis Toyota Hiace yang dalam perjalanan dari Lumut sedang membawa ibu mangsa, Rohani Abdullah, 62.

“Rohani merupakan pesakit yang dirujukkan ke HRPB kerana mengalami pendarahan di kepala akibat terlibat dalam kemalangan di Lumut pada petang semalam (Jumaat).

“Ambulans tentera yang kebetulan berada di lokasi kemalangan membabitkan ibu mangsa, kemudian membantu untuk mereka ke HRPB,” katanya.

Wan Shaharuddin berkata mangsa dibawa ke HRPB untuk bedah siasat. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd