• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saleem Iklim Meninggal Dunia Selepas Sebulan Kemalangan

oleh Ahmad Albab
14/10/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penyanyi Saleem Iklim meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) kira-kira pukul 6 pagi Ahad.

Berita sedih itu disahkan oleh anaknya Iera Fakhira yang meminta semua pihak mendoakan kesejahteraan Allahyarham.

Saleem atau nama sebenarnya A.M Saleem Abdul Majeed, 57, cedera parah dalam satu kemalangan pada 12 September lalu di Bandar Mahkota Cheras.

Motosikal ditunggangnya dikatakan melanggar kereta ketika keluar rumah untuk ke kedai berdekatan menyebabkan 12 tulang rusuk patah manakala salah satunya tertusuk paru-paru.

Artikel berkaitan: Saleem cedera kemalangan, motosikalnya dilanggar kereta dari arah belakang

Allahyarham kemudian dimasukkan ke hospital Kajang dalam keadaan koma sebelum dipindahkan ke PPUKM untuk rawatan lanjut.

Allahyarham yang juga bekas vokalis kumpulan Iklim popular pada tahun 1990-an menerusi lagu Suci Dalam Debu.

Salah seorang anaknya bagi perkahwinan pertama iaitu Syafiq Farhain juga seorang artis.

Jenazah akan dibawa ke Surau As-Syakirin di Bukit Mahkota Cheras untuk disembahyang dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn Cheras selepas solat Zohor. – mStar Online

Tags: artis meninggal duniaSaleem Iklim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Spider Meninggal Dunia Di Studio Rakaman

30/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Pemain bass kumpulan terkenal tanah air, Spider, Tony Iskandar menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 2.30 pagi. Astro...

Pelakon Veteran Idris Mat Diah Meninggal Dunia

14/09/2020
0

KUALA LUMPUR - Pelakon veteran, Idris Mat Diah yang membawa watak Pak Andak dalam drama '7 Hari Mencintaiku 2', meninggal dunia awal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd