• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Penunggang Motosikal Maut Di Kinabatangan

oleh
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KINABATANGAN – Dua penunggang motosikal maut dan seorang pembonceng parah selepas dua motosikal bertembung di Km135 Jalan Sandakan-Lahad Datu, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A.Sahak Rahmat berkata nahas berlaku kira-kira 7 malam apabila sebuah daripada motosikal berkenaan hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah motosikal lain.

Motosikal yang ditunggang remaja lelaki berusia 19 tahun dari Ladang Tye ke Lahad Datu hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan dan merempuh motosikal yang dinaiki lelaki berusia 24 tahun serta pembonceng berusia 20 tahun.

Akibat pertembungan terbabit, kedua-dua penunggang maut di tempat kejadian sementara pembonceng yang cedera parah dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk dirawat, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata kejadian itu disiasat menurut Seksyen 41 (1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd