• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jin Wei Sumbang Emas Pertama Malaysia Di Olimpik Remaja

oleh
13/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemain badminton perseorangan wanita negara Goh Jin Wei menyumbang pingat emas pertama Malaysia pada temasya Sukan Olimpik Remaja 2018 di Buenos Aires, Argentina selepas membuat satu lagi kejutan dalam acara itu yang berlangsung awal pagi ini waktu Malaysia.

Pemain pilihan ketiga itu menyingkirkan pilihan kedua dari China, Wang Zhiyi dengan 16-21, 21-13 dan 21-19 pada perlawanan akhir di Technopolis, demikian menurut laman sesawang temasya www.olympic.org.

Jin Wei sebelum ini menumbangkan pilihan pertama Phittayaporn Chaiwan dari Thailand pada pertemuan separuh akhir yang berlangsung Khamis.

Sementara itu, pasukan hoki negara terus mencatat prestasi cemerlang apabila mara ke separuh akhir acara hoki lelaki lima sebelah selepas menundukkan Austria 2-0 pada perlawanan suku akhir.

Penyerang skuad kebangsaan Mohamad Akhimullah Anuar Esook muncul wira negara menerusi kedua-dua gol yang dijaringkan, masing-masing pada minit ke-11 dan -19.

Malaysia akan bertemu Zambia pada Sabtu (awal pagi esok waktu Malaysia) selepas pasukan negara Afrika itu mengejutkan juara bertahan Australia 6-4 dalam satu lagi perlawanan suku akhir. – BERNAMA

Tags: Goh Jin Wei
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jin Wei Mara Ke Suku Akhir Masters Korea

30/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Juara Remaja Dunia, Goh Jin Wei meneruskan aksi cemerlangnya untuk mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Masters...

Segalanya Mungkin, Kenapa Tunggu 2024 – Jin Wei

20/11/2018
0

SEPANG - Juara Remaja Dunia yang baharu, Goh Jin Wei mungkin tidak perlu menanti sehingga Sukan Olimpik 2024 di Paris...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd