• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ziyad Pertahan Emas, Cipta Rekod Lagi

oleh
12/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAGUH lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli sekali lagi mempertahankan pingat emas yang pernah dimenangi di Incheon, Korea Selatan empat tahun lalu.

Ia apabila memenangi acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) lelaki dalam Sukan Para Asia di Stadium Bung Karno, Jakarta, Indonesia hari ini.

Lebih manis pemegang rekod dunia itu, turut perbaharui rekod temasya selepas lontaran 16.94 meter yang dilakukan memadam rekod lama miliknya sendiri, 15.31m yang dicipta di Korea Selatan 2014.

Emas Muhammad Ziyad tersebut adalah yang ke-14 buat kontinjen Malaysia, sekali gus meletakkan mereka hanya kekurangan sebutir lagi emas untuk memenuhi sasaran 15 emas yang ditetapkan.

Selain itu, Malaysia turut dominasi acara lontar peluru F20 selepas seorang lagi atlet Malaysia, Aliff Mohamad Awi meraih perak dengan catatan 13.09m manakala gangsa milik wakil Thailand, Sanepoot Boonkong (13.01m).

Muhammad Ziyad, 28, merupakan pemegang rekod dunia dalam acara berkenaan dengan catatan 17.29m yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia di London, tahun lalu. – Utusan Online

Tags: Muhammad Ziyad Zolkefli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Siapa Perlu Bertanggungjawab Ziyad Hilang RM1.12 Juta?

02/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan dan dipersalahkan di sebalik insiden pingat emas jaguh lontar peluru para negara, Muhammad...

Rayuan Ditolak, Ziyad Sah Terlepas Pingat Emas

01/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Rayuan terhadap penarikan semula pingat emas yang dimenangi atlet lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd