• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UFC Boleh Simpan Duit Saya!

oleh Ahmad Albab
12/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKHACHKALA – DAGESTAN. Khabib Nurmagomedov berkata UFC dan Suruhanjaya Atletik Nevada (NAC) boleh menyimpan wang kemenangannya jika rakan sepasukan Zubaira Tukhugov diharamkan daripada sukan MMA.

Petarung Dagestan itu juga mengancam meninggalkan UFC jika syarikat kendalian Dana White itu tidak mengubah keputusan tersebut.

White sebelum ini berikrar untuk mengharamkan Zubaira dan seorang lagi rakan pelatih Khabib, Islam Makhachev daripada sukan MMA kerana menyerang Conor McGregor semasa insiden pergaduhan di T-Mobile Arena, Ahad lalu.

Susulan pergaduhan itu, NAC turut menahan hadiah wang kemenangan Khabib berjumlah AS$1.5 (RM6.24 juta) sementara siasatan dijalankan.

“Kenapa UFC tidak menghukum individu (McGregor) yang menyerang bas (insiden di Brooklyn April lalu) dan hampir membunuh beberapa orang?

“Kenapa berdiam diri apabila negara, agama dan keluarga saya dihina?

“Kenapa rakan sepasukan saya sahaja yang dihukum sedangkan kedua-dua kem bergaduh?

“Tak perlu hukum Zubaira, tetapi hukumlah saya. Jika UFC pecat Zubaira, UFC juga kehilangan saya.

“Bangsa Rusia tidak akan meninggalkan saudara mereka dan akan berjuang sehingga ke penghujung,” kata Khabib di Instagram.

Tambah Khabib: “Kamu boleh simpan duit saya. Nampaknya kamu terlalu sibuk dengan perkara itu. Bagi saya, maruah lebih penting.”

Zubaira dijadualkan beraksi menentang Artem Lobov di UFC Fight Night 138 di Kanada pada 27 Oktober ini.

Namun UFC telah mengeluarkan kenyataan bahawa pertarungan itu dibatalkan dan Lobov akan diberi lawan baharu.

Lobov adalah rakan sepasukan McGregor yang menjadi punca disebalik ‘drama’ perang menjelang UFC 229 di Las Vegas, Ahad lalu. – Agensi/Sinar Harian Online

Tags: KhabibUFC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Khabib Kembali Bertarung?

23/11/2020
0

LONDON - Dana White mendedahkan dia akan mengadakan pertemuan dengan Khabib Nurmagomedov dalam percubaannya untuk memujuk atlet seni bela diri...

Khabib Umum Bersara!

25/10/2020
0

KEPUTUSAN mengejutkan datang dari Khabib Nurmagomedov setelah mengalahkan Justin Gaethje dalam pertarungan penyatuan untuk gelaran juara ringan Ultimate Fighting Championship...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd