• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Gantung Tindakan Di Bawah Akta Hasutan

oleh
11/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kabinet telah memutuskan untuk menggantungkan sementara tindakan di bawah Akta Hasutan 1948, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Beliau berkata keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat mingguan Kabinet semalam.

“Oleh kerana akta tersebut akan dimansuhkan maka keputusan telah dibuat bahawa tindakan di bawah akta itu harus digantung buat sementara waktu.

“Keputusan Kabinet itu akan disampaikan kepada Peguam Negara dan terpulang kepada beliau untuk mengambil langkah susulan,” katanya kepada media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Keusahawanan e-Commerce di sini hari ini.

Kelmarin, Gobind Singh melalui Twitternya berkata beliau akan mengusulkan moratorium (penggantungan sementara) ke atas Akta Hasutan 1948 dalam mesyuarat Kabinet semalam.

Baru-baru ini, menteri tersebut dipetik oleh portal berita sebagai berkata Peguam Negara sudahpun menyediakan perundangan yang sewajarnya untuk memansuhkan undang-undang tersebut.

Ia turut melaporkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) berada di landasan yang betul bagi memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan ia sepatutnya akan dibentangkan di sidang Parlimen akan datang.

Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), 9 Mei lalu, PH berikrar untuk menghapuskan úndang-undang yang meindas termasuklah Akta Hasutan 1948, Akta Pencegahan Jenayah 1959, Akta Universiti Kolej Universiti 1971, Akta Penerbitan dan Media Cetak 1984, Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 dan undang-undang yang mengenakan hukuman gantung sampai mati. – BERNAMA

Tags: Akta HasutanGobind Singh Deo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gobind Cuba Salahkan Kerajaan Johor Isu Network School?

Gobind Cuba Salahkan Kerajaan Johor Isu Network School?

23/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See membidas Menteri Digital, Gobind Singh...

“Jangan Kita Lupa Skandal 1MDB” – Gobind

“Jangan Kita Lupa Skandal 1MDB” – Gobind

03/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Digital, Gobind Singh Deo mengingatkan rakyat Johor supaya tidak melupakan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd