• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penstrukturan Dijangka Selesai Akhir Tahun

oleh Cj Mnh
11/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebih 600 anggota dan pegawai polis yang sebelum ini berkhidmat di bawah beberapa pasukan khas akan ditempatkan di 10 jabatan lain dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata penempatan kesemua anggota dan pegawai Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING), Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi, dan Gengsterisme (STAGG) dan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) itu kini dalam peringkat akhir dan dijangka selesai menjelang akhir tahun ini.

Katanya, sebaik pembubaran pasukan khas berkenaan pada Jun lepas, PDRM telah berunding dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Dalam Negeri bagi melakukan rombakan.

“Proses ini sedang berjalan, ada yang akan dimasukkan ke Jabatan Siasatan Jenayah serta Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) sebab kita kekurangan di JIPS…ada juga kita perkukuhkan bahagian tertentu seperti di Jabatan Narkotik.

Rombakan ini bukan sahaja melibatkan STAGG, STING dan STAFOC tetapi juga melibatkan jabatan lain yang kita fikir perlu untuk diperkukuhkan lagi,” katanya pada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas, Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis dan Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Pada Jun lalu, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PDRM akan menstruktur semula beberapa jabatan pasukan khasnya untuk tujuan penambahbaikan.

Menurut Muhyiddin, penstrukturan itu adalah untuk penambahbaikan PDRM agar dapat mengembalikan keyakinan rakyat kepada pasukan itu sekali gus mengembalikan imejnya sebagai pasukan yang dihormati sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, Mohamad Fuzi berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk memanggil beberapa individu lagi bagi membantu siasatan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Mungkin ada, mungkin tidak (individu yang akan dipanggil untuk membantu siasatan) ,” katanya ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan mengenai 1MDB.

Terdahulu, 55 pegawai menerima pemakaian pangkat manakala 159 anggota dan pegawai dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara. – BERNAMA

Tags: penempatanSTING
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Minta Semua Pelajar Cemerlang 10A SPM 2025 Diberi Penempatan Automatik Matrikulasi

DAP Minta Semua Pelajar Cemerlang 10A SPM 2025 Diberi Penempatan Automatik Matrikulasi

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP meminta semua pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang mendapat 10A ke atas diberikan penempatan...

Penempatan 1,150 Pegawai Perubatan Kontrak Bermula Esok

Penempatan 1,150 Pegawai Perubatan Kontrak Bermula Esok

31/07/2023
0

KOTA BHARU: Seramai 1,150 pegawai perubatan kontrak yang telah menamatkan latihan siswazah akan ditempatkan di beberapa fasiliti perubatan di seluruh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd