• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah, Sarawak Bangunkan Industri Automotif

oleh Cj Mnh
11/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Sabah mahu membentuk kerjasama dengan Sarawak untuk membangunkan industri automotif sekali gus memperkasa perkembangan industri itu di kedua-dua negeri, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata perkara itu akan dibincangkan bersama rakan sejawatannya Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam pertemuan yang dijadual berlangsung di Kuching, Sarawak hari ini.

“Perincian (mengenai kerjasama membangunkan industri automotif) akan saya maklumkan sekembali saya dari Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil dan diploma kepada 460 graduan Kolej Teknikal Yayasan Sabah pada Majlis Konvokesyen Ke-23 kolej berkenaan di sini, hari ini.

Kita (Sabah) tidak boleh beroperasi secara sendiri dan perlu berkongsi serta bekerjasama. Dengan kerjasama, ada komponen boleh dibuat di Sabah dan ada boleh dibuat di Sarawak dan usaha ini perlu dijayakan bersama. Kita yakin boleh meningkatkan kerjasama dalam bidang ini, kerana dahulu kita mempunyai kerjasama dengan Sarawak dalam industri simen,” katanya.

Mohd Shafie berkata kerjasama antara Sabah dan Sarawak dalam membangunkan industri automotif itu juga dilihat penting dalam usaha memastikan kedua-dua negeri terbabit berupaya mengeluarkan produk berkaitan automotif yang bernilai tinggi seterusnya memenuhi permintaan pasaran.

Katanya pembangunan industri itu juga akan dapat memanfaatkan sepenuhnya bakat, kemahiran serta kepakaran graduan bidang teknikal dan automotif di negeri berkenaan pada masa akan datang.

Mohd Shafie berkata kerajaan negeri Sabah akan mewujudkan lebih banyak kolej teknikal ke arah melahirkan lebih ramai modal insan berkemahiran tinggi dan memenuhi permintaan pasaran kerja.

Pekara itu telah dimaklumkan kepada Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah namun ia bergantung kepada kedudukan kewangan negeri, katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Shafie berkata, penyertaan Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli dalam Parti Warisan Sabah (Warisan) akan dapat membantu usaha mengindustrikan Sabah seterusnya meningkatkan keupayaan beberapa industri yang ditempatkan di wilayah berkenaan.

“Alhamdulillah, ini satu langkah yang baik untuk membolehkan kita memastikan supaya Labuan juga sebahagian kawasan akan kita beri tumpuan dan ia (Labuan) ada hubung kait langsung dengan tanah Sabah,” katanya.

Rozman hari ini mengumumkan keluar UMNO dan menyertai Warisan serta berharap rakyat Labuan menerima keputusan itu dan memberi sokongan padu bagi terus memastikan kemajuan wilayah berkenaan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohd Shafie ApdalIndustri automotif
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Kekurangan Pekerja Industri Automotif Perlukan Penyelesaian Segera

03/04/2022
0

KUALA LUMPUR : Industri pembuatan automotif Malaysia sedang menghadapi isu kekurangan pekerja yang meruncing dan situasi ini boleh menjejaskan ekosistem...

Warisan Mungkin Tanding Solo PRN Johor

16/02/2022
0

JOHOR BAHRU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal membayangkan parti itu mungkin bertanding solo dalam Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd