• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SOP Serbuan Khalwat Akan Diperkemas

oleh Ahmad Albab
11/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Prosedur operasi standard (SOP) bagi penguatkuasaan aktiviti khalwat akan ditambah baik dengan mengambil kira pendekatan yang mengikut tatacara Islam sebenar termasuk melindungi ruang dan mengelakkan aib pada mangsa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata penguat kuasa perlu mengikut prosedur tertentu yang lebih jelas bagi mengelakkan kesilapan termasuk yang bertujuan menganiaya seseorang.

“Apa yang kami mahu lakukan ialah tambah baik kelemahan. Bukan dapat maklumat dan terus serbu. Pelaksanaan serbuan tidak sempurna banyak kelompongan. Saya di sini mahu memperbaiki SOP, dari segi teknikal.

“Ada kes-kes tertentu yang melibatkan serbuan khalwat sedangkan mereka adalah pasangan suami isteri…ia sesuatu yang mengaibkan,” katanya selepas menjadi tetamu Dialog dengan tajuk ‘Rahmatan Lil A’lamin di Malaysia’ di Universiti Malaya, malam tadi.

“Saya tidak ada statistik kesalahan penguatkuasaan. Apa yang saya boleh katakan banyak salah guna, dan terdapat banyak aduan. Perlu jaga prinsip, jangan mengintip dan aibkan orang,” katanya.

Mujahid berkata SOP sedia ada berdasarkan aduan tetapi menegaskan bahawa sebarang serbuan perlu mempunyai bukti kukuh sebelum dilakukan. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawakes khalwat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa kini bukan masa...

Parti Amanah Seru Melayu Tolak PAS, Dakwa Hanya Pentingkan Politik Sendiri 

Parti Amanah Seru Melayu Tolak PAS, Dakwa Hanya Pentingkan Politik Sendiri 

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Kenyataan PAS tidak bersedia untuk menyertai 'Rumah Bangsa' anjuran Presiden UMNO menunjukkan parti itu tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd