• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juara Dunia Williams Semakin Hampir Rangkul Piala Monsun 2015

oleh Ahmad Albab
13/02/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pelayar Britain, Ian Williams daripada pasukan GAC Pindar semakin hampir menjulang Piala Monsun 2015 apabila berjaya menewaskan lawan pilihan Eric Monnin daripada pasukan SailBox pada peringkat separuh akhir pertama di Teluk Danga, di sini, hari ini.

Dalam saingan itu, Williams memungut dua mata penuh daripada dua perlumbaan yang diadakan. Bagaimanapun, pagi esok beliau masih perlu meraih satu lagi mata dalam peringkat separuh akhir kedua bagi membolehkannya layak ke saingan final pada sebelah petang.

Bercakap kepada pemberita selepas perlumbaan separuh akhir pertama, Williams berkata pasuknanya yakin untuk mara ke final berdasarkan semangat berpasukan yang tinggi.

“Pada masa sama, kita tidak boleh memandang rendah pasukan lawan kerana ia bukan keputusan final,” katanya.

Selain Wiliams, Mathieu Richard daripada pasukan LunaJets juga telah memperoleh dua mata dalam saingan itu selepas menewaskan Taylor Canfield dari pasukan US One.

Sementara itu, pelayar negara Jeremy Koo, menjangkakan Williams mempunyai peluang cerah untuk menjulang Piala Monsun berikutan kepakaran dan pengalamannya sebagai juara dunia empat kali.

Koo, yang gagal layak ke peringkat suku akhir, berkata sejak hari pertama lagi Wiliams mudah melepasi peringkat kelayakan dan suku akhir.

“Williams dan Canfield adalah pilihan utama bagi kejohanan namun pilihan saya ialah Williams kerana beliau telah mempamerkan aksi konsisten dari hari pertama kejohanan.”

“Bagaimanapun, ramalan itu boleh berubah kerana perlumbaan dipengaruhi faktor cuaca termasuk angin yang akan mengugat persembahan setiap peserta,”katanya.

Koo daripada pasukan Sime Darby Foundation/1Malaysia Racing Team tersingkir dari saingan kelayakan semalam apabila gagal memenangi sebarang mata dari 11 perlumbaan.

Bagaimanapun, aksi Koo pada kejohanan itu wajar dipuji kerana beliau merupakan salah seorang wakil dari Asia selain Maximilian Soh dari Pasukan Red Dot dari Singapura.

Mengulas lanjut, Koo berkata kekalahannya tidak akan membuatkannya berputus asa namun berharap semua pihak akan menyokongnya pada masa depan untuk memastikan negara mampu melahirkan juara dunia.

“Memang agak mengecewakan apabila kalah pada peringkat kelayakan. Tetapi inilah sukan pelayaran, ia merupakan kejohanan yang mengenai kerjasama pasukan.

“Pada masa depan, saya berharap banyak tajaan akan diterima daripada syarikat swasta dan kerajaan dan ditubuhkan lokasi latihan yang berdekatan dengan sekolah serta bandar bagi menarik minat orang ramai terutama golongan muda,” katanya.

Piala Monsun merupakan pusingan akhir dalam Siri Jelajah Dunia Alpari, dan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM1.475 juta.

KEDUDUKAN PERINGKAT SEPARUH AKHIR PERTAMA
——————————————-
Ian Williams (GBR) (GAC Pindar) 2-0
Taylor Canfield (US One) 0-2
Eric Monnin (SWZ) (SailBoxTeam) 0-2
Mathieu Richard (FRA) (LunaJets) 2-0 – BERNAMA

Tags: Piala Monsun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Permulaan Baik Jurugan Malaysia Pada Hari Pertama Piala Monsun

26/01/2016
0

ISKANDAR PUTERI - Jurugan Malaysia Hazwan Hazim Dermawan memenangi perlumbaan pertama pada hari pembukaan Piala Monsun Malaysia 2015/2016 yang berlangsung...

Williams Tekad Kuasai Piala Monsun Malaysia

25/01/2016
0

ISKANDAR PUTERI - Juara dunia lima kali, Ian Williams berharap dapat terus menampilkan prestasi terbaik seperti dipamerkan tahun lepas, pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd