• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Macau Scam: 750 Kes Di Selangor, Kerugian RM39 Juta

oleh
10/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis Selangor menerima 750 laporan kes Macau Scam yang melibatkan kerugian lebih RM39 juta dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Selangor, ACP Harjinder Kaur Gurdial Singh.

Katanya, jumlah kes yang direkodkan itu meningkat berbanding tempoh yang sama tahun lalu yang mana Selangor mencatatkan 731 kes dengan kerugian kira-kira RM21 juta.

“Mangsa dari pelbagai latar belakang yang berbeza dan sasaran sindiket adalah golongan berada atau mempunyai wang yang banyak seperti peniaga dan golongan berpencen.

“Perkara ini amat membimbangkan kerana walaupun ada langkah pencegahan jenayah oleh JSJK serta hebahan melalui media dan laman sosial, masih ramai dalam kalangan masyarakat ditipu dengan kegiatan jenayah seperti itu,” katanya dalam satu sidang media berkenaan Macau Scam di sini, hari ini.

Harjinder berkata rasa ketakutan yang melampau dan mudah panik menjadi punca utama yang mendorong mangsa terpedaya dengan sindiket Macau Scam.

Katanya, apa yang dibimbangkan adalah mangsa boleh terpedaya sehingga sanggup mengeluarkan wang simpanan dalam jumlah yang banyak untuk dimasukkan ke dalam akaun yang diarahkan sindiket tersebut.

“Daripada siasatan kita, ada di antara sindiket ini yang mempunyai maklumat seperti nama penuh dan nombor kad pengenalan mangsa.

“Mereka akan memaklumkan tentang tunggakan pinjaman selain menakutkan mangsa kononnya mereka terbabit dalam kes jenayah seperti dadah dan trafik,” tambahnya.

Sementara itu, seorang pesara swasta yang ditemui pemberita selepas sidang media itu, mengakui kerugian lebih RM100,000 akibat ditipu sindiket Macau Scam selepas didakwa terlibat dalam kes dadah.

Mangsa yang dikenali sebagai Lim, 78, berkata beliau kehilangan wang apabila melakukan beberapa transaksi pembayaran ke akaun bank yang tidak dikenali kononnya sebagai bayaran wang jaminan waran tangkap dan yuran guaman.

‘’Kes saya ini berlaku Selasa lepas, ia bermula apabila saya dihubungi seorang pegawai mahkamah tinggi yang mendakwa saya terlibat kes dalam satu dadah sebelum suspek kemudiannya memindahkan panggilan itu kepada seorang lelaki yang mengaku sebagai pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.

“Kerana takut akan didakwa kerana kes dadah, saya telah melakukan pemindahan wang sebanyak tiga kali dalam tempoh 48 jam kepada akaun yang diarahkan suspek yang kesemuanya berjumlah RM110,000,” katanya. – BERNAMA

Tags: Macau Scam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Skim Pelaburan ‘5% Setiap Transaksi’ Rupanya Perangkap, RM31 Juta Lesap

Skim Pelaburan ‘5% Setiap Transaksi’ Rupanya Perangkap, RM31 Juta Lesap

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Taktik menjanjikan pulangan lumayan akhirnya memakan diri apabila sekumpulan pelabur warga asing kerugian lebih RM31 juta selepas...

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

06/11/2025
0

CHINA HUKUM MATI KETUA SINDIKET PENIPUAN SEMPADAN MYANMAR – OPERASI “CYBER SLAVERY” DIGEMPUR HABIS-HABISAN Oleh Mynewshub  BEIJING, 6 November 2025...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd