• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proton Labur RM1.2 Bilion Untuk Kilang Tanjung Malim

oleh Cj Mnh
10/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJUNG MALIM – Proton Holdings Berhad memperuntukkan pelaburan sebanyak RM1.2 bilion bagi pembesaran kilang pengeluarannya di sini, sekali gus menjadi pusat pengeluaran model baharu jenama kereta nasional itu pada masa akan datang.

Pengerusinya, Datuk Seri Syed Faisal Albar, berkata sejajar perjanjian perkongsian strategik antara Proton dan Geely pada 2017, langkah itu juga adalah komitmennya untuk meningkatkan angka jualan dan eksport, dengan kilang di Tanjung Malim turut menjadi hab pengeluaran global model kenderaan pemanduan sebelah kanan kumpulan Geely.

“Pelan perniagaan 10 tahun kami adalah untuk mengembalikan kegemilangan Proton dengan membangunkan semula jenama ini sebagai pemimpin untuk pasaran tempatan dan meluaskannya ke peringkat antarabangsa terutama ASEAN,” katanya pada majlis memeterai perjanjian kerjasama pembekal PROTON dan rakan kongsi luar negara di sini, hari ini.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr Li Chunrong; Timbalannya, Datuk Radzaif Mohamed dan Exco Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak, Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin.

Perjanjian usaha sama antara vendor tempatan dan antarabangsa turut dimeterai sebagai persediaan untuk model Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Proton X70 dan model-model baharu lain yang akan dilancarkan pada masa hadapan.

Syed Faisal berkata, ia adalah pendekatan awal dalam usaha mencapai standard dunia daripada segi kemajuan teknologi dan kualiti dalam membangunkan komuniti pembekal industri automotif Malaysia.

Selain itu, ia katanya turut meliputi skop pengeluaran dan bantuan teknikal yang dijangka membawa pelaburan awal sebanyak RM170 juta serta bakal meningkat dalam tempoh beberapa tahun sejajar dengan peningkatan jumlah pengeluaran Proton, selain menyediakan 450 peluang pekerjaan.

“Pembabitan lapan syarikat tempatan dan antarabangsa ini sebagai permulaan untuk mencapai 30 peratus penghasilan komponen utama model-model PROTON menggunakan komponen tempatan bagi pemasangan tempatan (CKD) untuk pasaran domestik dan antarabangsa serta mampu berdepan pesaing dari seluruh dunia,” katanya. – BH Online

Tags: ProtonTanjung Malim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

13/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik Proton X50 mendakwa kenderaan yang dipandunya mengalami insiden Sudden Unintended Acceleration (SUA) apabila kelajuan meningkat...

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

25/09/2025
0

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd