• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Status Terkini Kejadian Keracunan Makanan Berpunca Laksa

oleh Cj Mnh
10/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kejadian keracunan makanan (KRM) yang disyaki berpunca dari memakan laksa yang dibeli dari premis di Kupang, Baling Kedah seperti yang dilaporkan dalam kenyataan akhbar pada 8 Oktober 2018.

Untuk makluman, sehingga kini terdapat pertambahan sebanyak 42 kes baharu (14 kes di Kedah, 7 di Perak dan 21 kes di Selangor) dilaporkan dengan gejala yang sama. Hasil siasatan mendapati pesakit-pesakit yang bergejala mempunyai sejarah telah memakan laksa yang dibeli dari premis di Kupang Baling Kedah iaitu di premis yang sama seperti dilaporkan oleh kes-kes KRM sebelum ini.

Dengan pelaporan kes-kes baharu ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes-kes kejadian KRM sebanyak 61 kes termasuk dua (2) kematian, iaitu 24 kes di Kedah [16 kes dari daerah Baling, lima (5) kes dari daerah Sik dan (3) dari daerah Kulim], 21 kes di daerah Hulu Langat Selangor dan 16 kes dari Hulu Perak Grik.

Sebanyak 21 pesakit dirawat sebagai pesakit dalam iaitu (5) di Hospital Grik, lima (5) di Hospital Pantai Sungai Petani, empat (4) di Hospital Baling, tiga (3) di Hospital Sik, tiga (3) di Pusat Perubatan UKM (PPUKM) dan satu (1) di Hospital Columbia Asia.

Selebihnya sebanyak 38 pesakit dirawat sebagai pesakit luar. Kesemua pesakit dilaporkan dalam keadaan stabil. Jumlah kematian kekal pada 2 kematian setakat ini.

Pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah telah menjalankan pemeriksaan terperinci terhadap premis yang menjual laksa tersebut dan siasatan juga mendapati ramuan laksa yang dijual tidak ada kaitan dengan Iceberg Lettuce yang telah tular di media sosial.

Setakat ini KKM masih menunggu keputusan daripada sampel makanan yang telah dihantar ke makmal untuk analisa. Sampel najis daripada dua (2) kes keracunan makanan di Baling adalah positif Salmonella spp. Kajian lanjut penemuan ini sedang dijalankan.

KKM sekali lagi ingin menasihatkan orang ramai untuk mendapatkan rawatan segera jika mengalami gejala keracunan makanan. Tatacara keselamatan makanan perlu dititik beratkan oleh semua pengendali makanan dan orang awam. Makanan mesti dimakan tidak lebih daripada empat (4) jam selepas penyediaannya.

Sekiranya ia perlu disimpan, hendaklah di dalam suhu yang sesuai dan dipanaskan dengan suhu yang mencukupi bagi mengelakkan keracunan makanan.

Orang ramai juga perlu sentiasa mengamalkan keselamatan makanan dengan memilih premis makanan yang bersih untuk membeli makanan, serta mengamalkan konsep ‘lihat, hidu dan rasa’ sebelum makan untuk mengelakkan memakan makanan yang telah basi.

Orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan membasuh tangan sebelum makan dan selepas menggunakan tandas.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
9 Oktober 2018

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: BAHARUDIN BIN MOHAMAD
Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel : 03-88834536 dan 017-2635008
Faks : 03-88886187

-BERNAMA

Tags: KKMlaksa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd