• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penunggang Maut, Kaki Putus Motosikal Rempuh Lori

oleh Cj Mnh
10/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUNDU – Seorang lelaki maut dalam keadaan menyayat hati apabila kaki kanannya putus selepas motosikal ditunggangi bertembung dengan lori di Jalan Lundu- Sempadi, berhampiran Kampung Temelan Dayak, petang semalam.

Kejadian jam 3.30 petang itu menyebabkan Mohammad Saffik Merjalis, 22, disahkan maut di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang Yamaha LC cuba memotong sebuah kenderaan lain.

Menurutnya, namun mangsa gagal memotong dan masuk semula ke laluan asal menyebabkan dia merempuh lori dari arah bertentangan.

“Mangsa merempuh bahagian pemijak kaki lori berkenaan sehingga menyebabkan kaki kanannya putus.

“Pasukan perubatan dari Hospital Lundu yang dipanggil ke lokasi mengesahkan mangsa meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Alexson berkata, lelaki berusia 34 tahun yang memandu lori berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Lundu untuk bedah siasat dan polis sudah mengambil keterangan daripada pemandu lori terbabit.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BH Online

Tags: mautmotosikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd