• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Atlet Para Negara Cipta Rekod Baharu Dunia

oleh
10/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Dua atlet para negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Abdul Latif Romly mempamerkan aksi cemerlang dengan cipta rekod baharu dunia dalam acara masing-masing pada hari kedua acara olahraga Sukan Para Asia 2018 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, di sini hari ini.

Mohamad Ridzuan mencatat masa 11.87 saat dalam acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy), sekali gus memadam rekod terdahulu 11.90 saat yang dicipta atlet Rusia, Evgenii Shvetcov pada Kejohanan Paralimpik Dunia IPC di Lyon, Perancis pada 2013.

Abdul Latif turut mempamerkan aksi memukau dengan memperbaharui rekod dunia miliknya sendiri dalam acara lompat jauh T20 lelaki (masalah pembelajaran).

Anak jati Perlis itu melakukan lompatan sejauh 7.64 meter, sekali gus memadamkan rekod terdahulu miliknya, 7.60 meter yang dilakar pada Sukan Paralimpik Rio 2016 di Brazil.

Mohamad Ridzuan yang ditemui pemberita Malaysia selepas acara berkenaan nyata berbangga dapat memecahkan rekod dunia dalam acara berkenaan.

“Dik Wan nak ucapkan terima kasih kepada jurulatih, Majlis Paralimpik Malaysia, Institut Sukan Negara serta ibu bapa Dik Wan yang banyak beri sokongan dan kemenangan ini untuk mereka semua,” katanya.

Pandangan sama turut disuarakan Abdul Latif yang tidak menyangka dapat memperbaharui rekod dunia miliknya sendiri dalam acara berkenaan memandangkan beliau menerima saingan sengit daripada peserta lain.

“Syukur, Alhamdulillah dan ini di luar jangkaan, namun saya gembira kerana berjaya mempertahankan pingat emas dan perbaharui rekod dunia milik saya sendiri,” kata anak jati Perlis itu. – BERNAMA

Tags: Sukan Para Asia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sukan Para Asia 2018 Berakhir, Hangzhou Tuan Rumah 2022

13/10/2018
0

JAKARTA - Sukan Para Asia 2018 ditutup penuh meriah malam ini, yang selama lapan hari menampilkan aksi luar biasa atlet...

Doa Ibu Bapa Buat Dik Wan Sebak, Raih Emas Ke-3

12/10/2018
0

JAKARTA – "Terima kasih emak, ayah, doakan Dik Wan" reaksi terharu atlet hebat negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi setelah menamatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd