• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

72 Anggota Polis Dibuang Kerja – Ketua Polis Negara

oleh
09/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sejumlah 72 anggota polis dibuang kerja atas pelbagai kesalahan termasuk rasuah dalam tempoh Januari hingga September tahun ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata ada dalam kalangan mereka berpangkat Superintendan dan Deputi Superintendan selain anggota berpangkat rendah.

Menurutnya, setakat ini 1,484 anggota polis dikenakan tindakan tahun ini.

“Mereka melakukan pelbagai kesalahan seperti salah laku kuasa, cuai, gagal hadir bertugas dan terbabit dengan aktiviti jenayah,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan seminar pemantapan integriti di sini hari ini.

Beliau turut berkata 3,096 kes kesalahan tatatertib melibatkan kakitangan polis direkodkan tahun lalu, namun ia dapat dikurangkan tahun ini.

Dalam perkembangan lain, Mohamad Fuzi berkata polis masih menunggu laporan lengkap daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penahanan 12 anggota polis di Sabah kerana disyaki menerima rasuah sejak 2014.

Beliau berkata mereka belum digantung tugas memandangkan siasatan baru bermula.

“Kami perlu bertindak adil kepada mereka,” kata Mohamad Fuzi.

Menurut laporan media, mereka yang ditahan semalam terdiri daripada lima anggota berpangkat Koperal, tiga Lans Koperal, dua Sarjan dan dua Inspektor. – BERNAMA

Tags: anggota polisFuzi Harun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

30/12/2025
0

Kangar: Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan merogol...

Dua Anggota Polis Didakwa Esok Terbabit Kes Peras Ugut

Dua Anggota Polis Didakwa Esok Terbabit Kes Peras Ugut

20/10/2025
0

BALING: Dua anggota polis yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pemerasan terhadap seorang lelaki yang meninggal dunia akibat serangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd