• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerja Bawah Tanah MRT2 Diteruskan Pada Kos Kurang

oleh
09/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan beri jaminan bahawa kontrak kerja bawah tanah Transit Aliran Massa Laluan 2 (MRT2) akan diteruskan, namun ia akan diberi melalui tender terbuka pada kos dikurangkan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata kerajaan komited untuk menurunkan kos projek tersebut melalui pelaksanaan semula tender.

Beliau berkata, oleh itu, dakwaan bahawa langkah tender semula berkenaan akan menyebabkan 20,000 pekerja hilang pekerjaan adalah tidak berkaitan.

“Kita tidak membatalkannya, namun kita mahu mendapatkan harga yang lebih baik. Kita telah mendapat harga terbaik dengan penjimatan RM5.2 bilion bagi bahagian atas tanah MRT2.

“Bagi kerja bawah tanah, kerajaan yakin projek itu akan catat penjimatan yang lebih tinggi melalui tender terbuka,” katanya kepada pemberita di luar Persidangan Malaysia: Harapan Baharu Pelabur di sini, hari ini.

MMC-Gamuda, dalam kenyataan, berkata langkah diambil Kementerian Kewangan itu akan mengakibatkan 20,000 pekerja hilang pekerjaan, dan 3,000 daripadanya merupakan kakitangan usaha sama MMC-Gamuda dengan 60 peratus daripadanya ialah bumiputera.

Kabinet membatalkan kontrak kerja bawah tanah MRT2 dengan MMC Gamuda KVMRT Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Gamuda dan MMC, serta memutuskan untuk melaksanakan semula tender bagi semua kerja bawah tanah MRT2 yang belum diselesaikan.

Lim berkata, para pekerja tidak akan kehilangan pekerjaan memandangkan mereka boleh diambil semula untuk bekerja sebaik sahaja projek itu diteruskan.

“Ia mungkin daripada Gamuda atau syarikat lain,” katanya.

Baru-baru ini Lim berkata, projek MRT2 dijangka dapat menjimatkan RM5.22 bilion atau 23 peratus daripada kos asal bagi bahagian atas tanah projek itu, susulan tender terbuka.

Bagaimanapun, pihak kerajaan dan MMC-Gamuda gagal mencapai persetujuan berkaitan bahagian bawah tanah projek pembinaan itu, katanya.

Beliau berkata, justeru itu, kabinet memutuskan untuk membatalkan kontrak kerja bawah tanah tersebut.

Mengulas mengenai itu, Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd berkata, kerja-kerja bawah tanah bagi projek MRT2 telah 39 peratus siap, dengan demikian, proses pembatalan dan pelaksanaan semula tender akan “agak sukar”. – BERNAMA

Tags: MRT 2
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Diumum Dalam Belanjawan 2020 Diteruskan

27/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan semua projek yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2020 termasuk Projek Laluan Rel Pantai Timur...

MRT 2 Mula Beroperasi Sepenuhnya 2023

17/01/2020
0

PUTRAJAYA - Pembinaan projek Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) atau MRT 2 siap sebanyak 70% dan dijangka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd