• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecoh Pengembara Masa Bawa Telefon Bimbit Tahun 1940

oleh Ahmad Albab
09/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEKEPING foto yang dirakam sekitar 1940-an yang dimuat naik ke laman sosial ternyata menarik perhatian ramai, baru-baru ini.

Menerusi foto tersebut yang dimuat naik oleh Stuart Humphrys di Twitter, ia memaparkan sejumlah individu sedang berjemur di tepi pantai.

Namun, kehadiran seorang lelaki yang memakai sut berwarna perang dalam gambar itu menjadi perdebatan utama pelayar internet.

Manakan tidak, dia kelihatan seolah-olah sedang menggunakan telefon bimbit di tengah-tengah kumpulan manusia dalam foto itu.

“Er, adakah saya je yang perasan dia sedang bermain telefon bimbit, dalam tahun 1950-an?” soal seorang lelaki di Twitter.

Foto

“Hebat mata kamu, lelaki itu mengembara dari masa hadapan sambil membawa telefon bimbit,” ujar seorang lagi individu.

Malah, seorang pelayar Twitter turut menyifatkan foto tersebut menjadi bukti bahawa pengembaraan merentasi masa sememangnya wujud.

Namun, tidak semua pengguna Twitter berfikiran serupa.

Seorang lelaki berpendapat dia bukanlah sedang bermain telefon bimbit sebaliknya sedang menggulung rokok sahaja.

Perdebatan mengenai foto seperti ini bukanlah pertama kali berlaku.

Sekitar 2010, foto dari filem klasik Charlie Chaplin memaparkan seorang individu kelihatan sedang menggunakan telefon bimbit.

Lebih menghairankan, foto tersebut dirakam pada tahun 1928.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook juga mengakui pernah melihat peranti iPhone dalam lukisan berusia 347 tahun yang dihasilkan oleh Pieter de Hooch.

Ujarnya, dia melihat karya tersebut di sebuah muzium di Amsterdam.

“Saya sentiasa fikir yang saya tahu bila iPhone dicipta, tapi bila tengok dalam karya itu, saya jadi keliru. Mungkin ia sudah lama wujud,” ujarnya. – Mirror/mStar Online

Tags: fotoNetizen
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Netizen Puji Jersi Baharu Penjaga Gol JDT Cantik Menarik

Netizen Puji Jersi Baharu Penjaga Gol JDT Cantik Menarik

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Laman Facebook Johor Southern Tigers mencuri perhatian penyokong selepas memperkenalkan jersi baharu penjaga gol kelab bola sepak...

Kebaikan Yang Tidak Perlu Diketahui, “Tapi Post Dalam Facebook” – Netizen

Kebaikan Yang Tidak Perlu Diketahui, “Tapi Post Dalam Facebook” – Netizen

05/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Hantaran di media sosial oleh Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid berhubung tindakannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd