• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

WHO Timbang Adakan ‘Hospital Pilihan’ Di Malaysia

oleh Cj Mnh
09/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyatakan minat terhadap projek perintis untuk melantik ‘Hospital Pilihan WHO’ di Malaysia.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, dalam satu kenyataannya dari Manila, Filipina hari ini, berkata WHO sedang serius menimbangkan Malaysia untuk projek perintis itu atas dasar kebolehcapaian dan kemudahan sokongan yang sangat baik serta telah sedia ada.

Katanya, menerusi projek yang pertama seumpamanya di dunia itu, WHO berminat untuk memastikan kakitangannya dari pelbagai negara mendapatkan tahap penjagaan kesihatan terbaik dari institusi perubatan yang dapat melepasi semua petunjuk mutu dalam dimensi harga tertentu.

“WHO sedang mencari hospital untuk menyediakan perkhidmatan dalam bidang kardiologi, oftalmologi, urologi, ginekologi dan ortopedik. Saya yakin jika Malaysia dipilih, projek perintis ini akan menjadi kejayaan besar kerana sudah terdapat banyak hospital yang sudah mantap dan terakreditasi di Malaysia yang akan melebihi jangkaan WHO.

“Ini adalah peluang yang sangat baik untuk hospital-hospital kita mempromosikan perkhidmatan mereka lebih jauh dan diiktiraf di peringkat global,” katanya.

Perkara tersebut dibincangkan Dr Dzulkefly dengan Stewart Simonson, Penolong Ketua Pengarah, Pengurusan Am WHO, bersama-sama dengan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, di luar Mesyuarat Jawatankuasa Wilayah WHO ke-69 untuk Pasifik Barat yang diadakan di Manilla bermula pada hari ini dan akan berakhir pada 12 Okt. – BERNAMA

Tags: hospitalPertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyifatkan laporan mengenai pegawai perubatan siswazah bekerja sehingga 85 jam seminggu sebagai amat...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd