• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Pos Laju Baharu Dijangka Dibuka Di Jasin

oleh Cj Mnh
09/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan membuka Pusat Pos Laju baharu di Jasin bagi menampung peningkatan penghantaran bungkusan menggunakan perkhidmatan itu khususnya dalam kalangan peniaga e-dagang di Melaka.

Pengurus Pos Malaysia Melaka Md Fazil Kamarudin berkata pusat baharu itu dijangka dibuka di Jasin Bestari pada akhir tahun ini bagi melengkapi tiga pusat sedia ada di Bukit Baru, Bachang dan Rembia.

“Berdasarkan kajian yang kita lakukan, terdapat keperluan untuk membuka pusat Pos Laju baharu setelah menerima peningkatan penghantaran barangan menggunakan perkhidmatan itu.

“Kalau kita lihat di Bachang, tiga tahun lepas penghantaran menggunakan Pos Laju sekitar 4,000 ke 5,000 sehari tetapi sekarang hampir 10,000 bungkusan sehari,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas Program Sambutan Hari Pos Sedunia 2018 di sini, hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, Pembangunan Belia dan Sukan negeri Kerk Chee Yee yang turut melancarkan stesen Pos Laju EziDrive-Thru.

Sementara itu, Kerk menyarankan agar Pos Malaysia memperluas kemudahan ‘EziDrive-Thru di Melaka yang setakat ini disediakan hanya di dua pejabat pos iaitu di Bukit Baru yang dibuka hari ini dan Sungai Udang.

Kemudahan itu menjimatkan masa dan tenaga pelanggan selain mengurangkan kesesakan di kaunter konvensional, katanya.

“Menerusi inisiatif ini juga kaunter konvensional atau sedia ada boleh memberi tumpuan pada perkhidmatan lain yang ditawarkan di pejabat pos seperti pembayaran bil, pembaharuan insurans, cukai jalan kenderaan serta lesen memandu dan pembelian lesen,” katanya.- BERNAMA

Tags: JasinPos Laju
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Putrajaya, Jasin Dan Rembau Kini Zon Merah COVID-19

07/04/2020
0

PUTRAJAYA - Putrajaya, Jasin dan Rembau kini dikategorikan sebagai kawasan zon merah penularan COVID-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan zon merah...

Tindakan Bungkus, Pos Ular Hidup Bahaya Dan Zalim

13/11/2018
0

BUTTERWORTH - Tindakan zalim dan merbahaya, demikian komen Pos Malaysia berkenaan tindakan seorang individu tidak bertanggungjawab menghantar seekor ular sawa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd