• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Rogol: Ronaldo Diberi ‘Amaran’ Pulang Ke Portugal

oleh Ahmad Albab
09/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PIHAK di Amerika Syarikat (AS) boleh membuat tuntutan ekstradisi terhadap Cristiano Ronaldo di atas waran tangkap di Eropah, dakwa seorang pakar perundangan.

Bagaimanapun, satu cara bintang bola sepak itu dapat menghindari daripada berdepan mahkamah AS berhubung dakwaan rogol adalah kembali ke negara asalnya, Portugal.

Ini kerana waran tersebut tidak boleh digunakan untuk suspek yang tinggal di negara mereka sendiri.

Profesor Emilio Cortes, seorang peguam terkemuka di Sepanyol berkata: “Peraturan di Eropah dan AS adalah berbeza, dan pihak berkuasa Amerika mempunyai kemungkinan untuk memohon ekstradisi Ronaldo melainkan dia berada di Portugal.”

‘Amaran’ yang diberikan itu seminggu selepas polis Las Vegas membuka semula siasatan terhadap dakwaan yang dibuat oleh Kathryn Mayorga, 34, bahawa dia dirogol oleh Ronaldo pada Jun 2009.

Nasihat peguam itu memberi kesan kepada penyerang berkenaan, yang menyertai kelab bola sepak Itali, Juventus menerusi kontrak selama empat tahun, sejak Julai lalu.

Ronaldo bagaimanapun boleh meneruskan kerjayanya di Portugal.

Pemain berusia 33 tahun itu sebelum ini memberitahu kepada lebih 75 juta pengikut media sosialnya bahawa beliau sekeras-kerasnya menafikan dakwaan itu. – Mirror Online/mStar Online

Tags: kes rogolRonaldo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

12/10/2025
0

MELAKA: Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan guru di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, di sini akan diberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd