KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih perseorangan lelaki negara Datuk Misbun Sidek tidak menjangka Lee Zii Jia mampu melakar kejutan meraih gelaran Terbuka Taiwan, semalam.
Pemain berusia 20 tahun itu yang diketepikan sebulan kerana kecederaan belakang mencipta kebangkitan bergaya dengan menewaskan wakil Jepun Riichi Tekeshita 21-17, 16-21, 21-11.
Kejayaan Zii Jia itu juga menamatkan penantian 14 tahun Malaysia untuk memenangi gelaran Terbuka Taiwan.
Datuk Lee Chong Wei yang kembali ke Kuala Lumpur semalam selepas dua bulan di Taiwan menjalani rawatan kanser hidung peringkat awal adalah pemain terakhir Malaysia memenangi Terbuka Taiwan pada 2004.
Ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM) hari ini, Misbun berkata: “Sudah tentu saya terkejut.” – BH Online