• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lapan Lelaki Geng Curi Kereta, Motosikal Diberkas

oleh
08/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Lapan anggota kumpulan ‘Geng Alif Proton’ yang disyaki aktif mencuri kereta dan motosikal di kawasan wilayah Iskandar Malaysia sejak 2016 berjaya diberkas dalam lapan serbuan berasingan di Johor Bahru dan Mersing bermula 28 September hingga 6 Okt lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata kesemua mereka yang berusia 27 hingga 32 tahun itu merupakan lelaki tempatan.

Enam daripadanya ditahan ketika serbuan di kawasan Johor Bahru Utara dan dua orang lagi di Tenggaroh, Mersing.

Mohd Taib berkata hasil serbuan, pihaknya turut merampas lapan kereta, dua motosikal, satu rangka motosikal, tiga enjin motosikal dan peralatan mencuri kenderaan.

“Modus operandi mereka ialah menyasarkan kereta-kereta jenis Proton kerana ada dalam kalangan mereka bekerja sebagai mekanik dan mempunyai kemahiran untuk membuka kenderaan tersebut.

Selepas mencurinya (kenderaan), mereka akan mengambil alat-alat ganti kenderaan untuk dijual di sebuah bengkel haram di Tenggaroh selain akan menukar nombor casis dan enjin kenderaan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Dengan tertangkapnya kelapan-lapan anggota geng itu, pihaknya telah menyelesaikan siasatan sebanyak 25 kes curi kereta yang dilaporkan di wilayah itu sebelum ini.

“Namun begitu, kita masih menjalankan siasatan lanjut sekiranya terdapat lagi saki baki anggota kumpulan kerana daripada siasatan awal, kita dapati kumpulan ini turut terlibat dalam kes curi sarang burung walit di Johor,” katanya.

Dalam kes berlainan, Mohd Taib berkata pihaknya telah mengenal pasti tujuh kawasan ‘panas’ di Johor Bahru Utara yang seringkali berlaku kehilangan kenderaan.

“Antaranya ialah Tampoi, Taman Perling, Taman Ungku Tun Aminah, Taman Jaya, Skudai Kiri dan Sri Skudai. Ia disasarkan kerana ramai pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura meletakkan kereta dan motosikal di situ sehingga malam, sekali gus memberi peluang kepada kumpulan-kumpulan tertentu melakukan kegiatan jenayah mereka.

Tahun ini sahaja (setakat bulan lepas), sebanyak 193 kes curi kenderaan dilaporkan di kawasan ini dengan 50 daripadanya melibatkan kereta,” kata beliau.

Justeru itu, ia dilihat sebagai sesuatu yang serius dan meminta agar orang ramai meletakkan kenderaan mereka di tempat bersesuaian supaya tidak menjadi sasaran, katanya. – BERNAMA

Tags: Curi Motosikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kecurian Motosikal Antara Jenayah Paling Tinggi Di Iskandar Puteri

30/12/2018
0

JOHOR BAHRU - Kecurian motosikal dilaporkan antara kes jenayah paling tinggi direkodkan di kawasan Iskandar Puteri, sepanjang tempoh tahun ini....

Seorang Wanita Antara Tiga Geng Kojek Ditahan

07/12/2018
0

TAIPING - Polis menumpaskan kumpulan Geng Kojek dengan tertangkapnya tiga individu termasuk seorang wanita dalam dua serbuan di Kamunting di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd